Hiburan By: Izzi Farhana June 6, 2023 @ 11:51pm

Kongsi Video Kompilasi Sejak Kecil, Fimie Don Raih Penghargaan Netizen – “Terima Kasih Jadi Shazlan”

Pelakon dan penyanyi, Fimie Don berkongsi video di sosial TikTok untuk menzahirkan perasaan terhadap single baharu yang berjudul Sambut.

Single tersebut merupakan kolaborasi terbaharu Fimie dan penyanyi popular, Faizal Tahir.

@fimiedonofficial Aku mengaku, aku tidak punya childhood yang begitu menarik, tetapi in return tuhan beri peluang pada aku untuk mewarnai childhood kalian. Memikul nama Fimie Don ini merupakan sesuatu yang aku tidak akan mampu untuk melakukan jika tiada kalian di sisi seperti tangan, sentiasa. Usaha abang @Faizal Tahir ♬ Sambut – Chorus – Fimie Don & Faizal Tahir

Menerusi video tersebut, Fimie telah membuat kompilasi video dirinya dan juga Faizal untuk mengimbau kenangan sepanjang berada di dalam industri seni.

Apa yang membuatkan netizen lebih tertarik adalah menerusi kapsyen Fimie, dia menjelaskan dirinya tidak mempunyai zaman kanak-kanak yang menarik, sebaliknya dia dapat mewarnai zaman kanak-kanak lain kerana dia terkenal dalam sebuah drama bersiri kanak-kanak ketika masih kecil.

“Aku mengaku, aku tidak punya childhood yang begitu menarik, tetapi in return than beri peluang pada aku untuk mewarnai childhood kalian.

“Memikul nama Fimie Don ini merupakan sesuatu yang aku tidak akan mampu untuk melakukan jika tiada kalian di sisi seperti tangan, sentiasa.

“Usaha abang @Faizal Tahir dan cinta akan music & than menyebabkan lagu SAMBUT ini akan menjadi satu fasa di dalam hidup aku yang akan menyebabkan aku ingat sampai aku mati (buat untuk tuhan),” tulis Fimie di kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Fimie ketika zaman kanak-kanak mereka semua.

“Walaupun childhood awak tak seindah orang lain tapi awak telah menghiburkan childhood kami. Terima kasih teruskan berkarya.

“Terima kasih sebab jadi Putera Shazlan.

“For us, You still the Shazlan that we all know. Whose the one make oue childhood so beautiful. Thank you boss!” tulis netizen di ruangan komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

电影《光》扬名海外!入围「上海国际电影节」四奖项

第21届上海国际电影节亚洲新人奖入围名单出炉,电影《光》一举入围四个奖项,包括最佳影片、最佳导演、以及最佳男女主角奖。

Featured Sun, 6 Nov 2022
Hiburan Sun, 1 Sep 2019

大马歌手「马来犀鸟」刘思延登《声林2》红椅!萧敬腾放话:期待抓到她缺点

《声林之王2》日前播出第二集,来自马来西亚的暖声新人Suzanne刘思延势如破竹,以改编偶像周杰伦的《彩虹》惊艳全场,成功获得评审导师们的青睐。

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Zulin Aziz Rakam Muzik Video Single Kedua Di Tanah Suci

Semoga urusan ibadah Zulin dan keluarga dipermudahkan di tanah suci nanti… Amin.

Trending Fri, 29 Dec 2023
Trending Wed, 21 Mar 2018

Long Travel Distance Between Work and Home Will Literally Kill You

Studies have proven that travelling for too long on a daily basis can actually kill you!