Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 4, 2024 @ 4:20am

Rangkaian Televisyen Media Prima Dominasi Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2024

Acara berprestij Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) anjuran Kementerian Komunikasi kini kembali menyemarakkan industri hiburan tempatan. Media Prima, melalui tiga rangkaian televisyen utamanya, TV3, TV9 dan 8TV, serta Tonton dan media sosial, berjaya meraih 72 pencalonan, memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju utama penyiaran negara dalam menghasilkan kandungan berkualiti dan terus memikat penonton di seluruh Malaysia. Dengan pencapaian yang membanggakan ini, Media Prima sekali lagi membuktikan kehebatannya dalam menyajikan pelbagai genre kandungan yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) mempertandingkan 40 kategori untuk televisyen, 16 kategori untuk radio, dan empat (4) kategori untuk media baharu. Acara tahunan ini terus mengiktiraf karya dan bakat tempatan yang cemerlang di pelbagai platform media, sekaligus memberikan penghargaan kepada penggiat industri yang telah memberikan sumbangan signifikan kepada perkembangan seni penyiaran di Malaysia. Dengan penekanan pada inovasi dan kualiti, ASA 2024 bertujuan untuk menyemarakkan semangat kreatif dan mendorong penghasilan kandungan yang lebih berimpak.

Dalam kategori TV, Rangkaian Televisyen Media Prima telah berjaya mendapat sebanyak 67 pencalonan menerusi 32 kategori yang merangkumi pelbagai genre seperti drama bersiri, bual bicara, hiburan, dokumentari, dan banyak lagi. Pencalonan ini mencerminkan dedikasi Rangkaian Televisyen Media Prima dalam menyajikan kandungan bermutu tinggi, menghibur dan memberi inspirasi kepada penonton terhadap pembangunan industri kreatif negara.

Rangkaian Televisyen Media Prima telah mengungguli pencalonan utama dengan prestasi cemerlang, terutama dalam kategori yang melibatkan drama bersiri, produksi, serta berita dan hal ehwal semasa. Daripada 67 pencalonan tersebut, kategori yang berkaitan dengan drama bersiri meraih 22 pencalonan iaitu Drama Bersiri TV Terbaik, Pengarah Drama TV Terbaik, Skrip Drama TV Terbaik, Pelakon Drama Lelaki TV Terbaik, Pelakon Drama Wanita TV Terbaik dan lain-lain. Sebanyak 34 pencalonan telah berjaya diraih dalam kategori yang berkaitan dengan produksi, termasuk Dokumentari TV Terbaik, Majalah TV Terbaik, Rancangan Agama TV Terbaik, Hiburan Muzikal TV Terbaik dan banyak lagi. Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima juga menunjukkan prestasi cemerlang dengan 11 pencalonan dalam beberapa kategori berkaitan seperti Liputan TV Terbaik, Laporan Khas Berita TV Terbaik dan Penyampai Berita TV Terbaik.

Berikutan perkembangan pesat era digital, anugerah digital telah diperkenalkan sekali lagi dalam Anugerah Seri Angkasa tahun ini, selari dengan kemajuan teknologi dan peningkatan penggunaan platform digital. Selain dominasi di kategori televisyen, Rangkaian Televisyen Media Prima juga menunjukkan kekuatannya di platform digital dengan meraih beberapa nominasi dalam kategori Media Baharu. Hal ini membuktikan komitmen Media Prima dalam beradaptasi dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa kini. Ia termasuk Drama Terbaik, Drama Bersiri Terbaik, Kandungan Video Terbaik, dan Podcast Terbaik. Rangkaian Televisyen Media Prima berjaya meraih 5 pencalonan menerusi kategori ini, membuktikan kemampuan dalam mengadaptasi teknologi terkini dan menghasilkan kandungan yang sesuai dengan keperluan penonton moden.

Nantikan pengumuman pemenang ASA 2024. Malam kemuncak ASA 2024 akan bersiaran secara langsung dari Dewan Perdana , Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Oktober 2024 ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pencapaian terbaik dalam industri penyiaran Malaysia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Cepat Penat, Mahu Sentiasa Baring, Azharina Dihantui Penyakit Misteri

Penyakit apa pulak tu😱😨 Semoga Azharina diberi kesembuhan segera Amin🤲🏻

Trending Fri, 30 Mar 2018

Intai Anak Dara Orang, Kan Dah Kantoi…

Siasatan mendapati, kejadian disedari mangsa yang juga seorang penolong akauntan berusia 28 tahun semasa sedang mandi kira-kira pukul 6.30 pagi semalam dan dia telah memaklumkan perkara itu kepada abangnya.

Featured Thu, 15 Apr 2021

Bazaar Ramadan Ditutup Sekiranya…

Penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini ternyata mengubati kerinduan kemeriahan suasana pada tahun lalu. Namun begitu, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, penganjuran bazar Ramadan akan ditutup sekiranya terdapat kluster jangkitan COVID-19 yang […]

Featured Thu, 6 Apr 2023

Seronok Dapat Uruskan Anak-Anak, Elfira Loy Luah Rasa Syukur – “Tak Semua Mampu Rasa Peluang & Rezeki Seperti Ini…”

Beruntungnya EL.. Alhamdulillah. Salah satu nikmat paling bahagia buat para ibu ❤️

Hiburan Sun, 24 Aug 2025

“Konsert Solo Berskala Besar? Saya Tak Nak Buat Ala Kadar” – Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah mahu persembahan terbaik untuk peminat.

Trending Thu, 7 Oct 2021

Tular Isu Sihir Gambar Wanita DI TikTok, Ini Respons Caprice

Baru baru ini, isu mengenai ritual yang didakwa sebagai sihir secara maya tular dalam kalangan netizen di platform TikTok. Lebih mengerikan, ritual itu dilakukan bersama patung voodo dan gambar beberapa mangsa secara atas talian. Isu […]

Trending Wed, 10 Apr 2019

灵异专家告诉你《10个你家有鬼的迹象》

虽然科技逐渐发达,很多人也不相信有鬼的存在,然而层出不穷的闹鬼事件和都市传说,还是不断的被发现,令人毛骨悚然……

error: Content is protected !!