Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 12, 2025 @ 11:19am

“Rasa Macam Baru Kahwin Semalam…” – Isteri Faisal Halim Pilih Maaf & Lupakan, Rumah Tangga Kembali Harmoni

Kemelut rumah tangga pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim bersama isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril akhirnya menemui noktah apabila hubungan mereka kembali jernih.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Faisal berkongsi foto mesra bersama isteri dan anak mereka dengan kapsyen penuh syukur.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Dalam masa sama, Syazwani turut menzahirkan rasa cinta terhadap suaminya, sekali gus mengesahkan perkahwinan mereka terselamat daripada berlaku perceraian.

“Alhamdulillah, forgive and forget. Semoga Allah melindungi perkahwinan kami sampai ke Jannah. Love you, Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semalam,” katanya di IGs.

Terdahulu, Syazwani telah memfailkan perceraian terhadap Faisal selain turut mendakwa dia bukan kali pertama diceraikan.

Sekadar info, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey mendirikan rumah tangga bersama Syazwani pada 9 Mac 2019.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Khalish.

Artikel Berkaitan: “Ini Bukan Kali Pertama Saya Diceraikan”- Isteri Faisal Halim Dedah ‘Dipulangkan’ Kembali Kepada Ibu

Artikel Berkaitan: Isteri Faisal Halim Luah Rasa Rindu Pada Anak – “Mummy Yakin Nanti Kita Akan Jumpa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jun 2026

“Dia Ikhlas, Easy Going & Pendengar Yang Setia” – Noor Nabila Dedah Sisi Peribadi Kekasih Hati

Noor Nabila tampil berkongsi beberapa ciri-ciri yang ada pada kekasih hatinya, Ameer Aiman.

Trending Fri, 14 Aug 2020
Hiburan Thu, 15 Nov 2018
Featured Wed, 29 Sep 2021

Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Untuk..

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan  kebenaran rentas negeri bagi tujuan aktiviti pelancongan hanya dibenarkan menerusi Gelembung Pelancongan Langkawi. Menerusi kenyataan rasmi daripada MOTAC, kebenaran itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan […]

Hiburan Sat, 16 Nov 2024

Luah Rasa Berang Di TikTok, Bekas Adik Ipar Saman Iqbal Zulkefli Lebih RM5 Juta?

Bekas adik ipar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Iqbal Zulkefli sebanyak lebih RM5 juta.

Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“Semua Ni Hasil Titik Peluh Sendiri, Dari Kosong Sampai Siap” – Mekyun Berjaya Miliki Rumah Pertama Sebelum Usia 30 Tahun

Mekyun berjaya mencapai salah satu impian terbesar dalam hidupnya sebelum mencecah usia 30 tahun.

Trending Tue, 20 Nov 2018

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Trending Sat, 3 Aug 2019
error: Content is protected !!