Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin April 15, 2021 @ 10:42am

Rekaan Moden & Sofistikated Busana Muslimah Serlahkan Keanggunan

Begitu banyak pilihan pakaian yang tersedia untuk kaum hawa di luar sana, namun kadang kala, ada masanya mereka masih buntu memilih rekaan busana untuk digayakan.

Ada beberapa faktor yang dititikberatkan oleh wanita muslimah di luar sana untuk memilih baju. Antaranya ialah keselesaan, fabrik serta rekaan terkini yang mampu menarik perhatian.

Sebagai salah sebuah jenama fesyen baharu, Farahalya memenuhi citarasa kebanyakan wanita Muslimah.

Menutup aurat, sopan dan tampil elegan, ia memberikan keselesaan kepada kaum wanita yang mementingkan gaya dan rekaan menarik dalam kehidupan penuh kemodenan.

Menurut pengasas jenama terbabit, Datin Hamizan Puteh, koleksi ini hadir selepas setahun membuat kajian setelah dia menempuhi pengalaman sukar untuk mendapatkan pakaian yang berfesyen tetapi menepati ciri-ciri Muslimah.

“Saya amat minat berfesyen tapi apa yang saya dapati dipasaran agak payah untuk mendapatkan pakaian yang menepati citarasa saya iaitu sopan.

“Jadi saya fikir kenapa tidak saya sendiri yang mengeluarkan jenama pakaian sendiri. Setidaknya saya tahu apa yang dimahukan oleh golongan wanita,” katanya yang menggunakan tenaga tukang jahit tempatan.

Rekaan pertama yang dikeluarkan sebanyak 1,000 helai secara eksklusif dinamakan ZYZAH bersempena dengan nama ibunya dan mempunyai lima pilihan warna menarik serta datang dalam empat size iaitu S, X, M dan XL.

Untuk sebarang informasi dan pembelian, layari laman web www.farahalya.com dan juga Instagram @farahalya_hq.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 27 Nov 2019
Featured Thu, 30 Apr 2020
Gaya Hidup Thu, 15 Nov 2018

Ini Cara Nak Elak Dapur Gas Kaca Daripada Meletup

Dapur gas kaca yang meletup boleh cederakan anda!

Gaya Hidup Fri, 19 Oct 2018

5 Teknologi Tercanggih Yang Bakal Mengubah Gaya Hidup Masyarakat Dunia

Peralatan realiti maya boleh diubah suai dan digunakan sebagai kanta untuk pembedahan yang rumit.

Gaya Hidup Wed, 26 Dec 2018

Trolley vs Basket While Grocery Shopping: Which One Benefits You More?

The right one is good not only for your health but also wallet.

Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

10 Orang Ini Berjaya Buktikan Kecacatan Bukan Penghalang Untuk Capai Impian Mereka

Sesetengah orang yang tak bernasib baik dalam hidup berjaya membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil, selagi ada kemahuan.

Gaya Hidup Thu, 9 Jan 2020
Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
Gaya Hidup Sat, 18 Aug 2018
error: Content is protected !!