Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal May 12, 2019 @ 1:30pm

Remaja Gadaikan Nyawa Berdepan Penyerang Sekolah

Kendrick Castillo, pelajar 18 tahun di sebuah sekolah di Colorado, bukanlah seseorang yang mempunyai kuasa seperti yang kita lihat dalam filem, tetapi beliau sanggup mengorbankan nyawanya demi orang lain.

Castillo telah dianggap wira oleh orang ramai selepas beliau tanpa berfikir panjang menerkam dan cuba menumpaskan penyerang bersenjata api yang menyerang sebuah bilik darjah di STEM School Highlands Ranch, Colorado pada Selasa.

Tindakan Castillo bersama dua lagi rakannya itu telah membantu rakan-rakan mereka yang lain untuk lari meninggalkan bilik darjah untuk menyelamatkan diri. Namun, hanya Castillo yang terkorban manakala lapan pelajar lain tercedera.
Pihak polis mengawal kawasan kejadian. 

Lebih menyayat hati, Castillo akan bergraduasi kurang dua minggu dari sekarang. Bapanya, John Castillo berkata kepada Denver Post,”Kendrick Castillo adalah anak yang terbaik di dunia. Dia akan menamatkan pengajiannya 20 Mei ini.”

“Saya harap, dia menyorok dan selamatkan diri ketika kejadian. Tapi itu bukan sifatnya. Dia suka menyelamatkan orang, membantu orang. Sukar untuk saya menerima kenyataan itu”,

Menurut laporan CBS Denver, Castillo ialah seorang yang berminat dalam bidang teknologi komputer dan sepatutnya bertanding dalam acara “Rods and Robots” pada hujung minggu ini.

Majikannya, Rachel Short pula memberitahu bahawa beliau terkilan dengan kematian Castillo, namun tidak terkejut apabila mengetahui dia mati sebagai ‘wira’, kerana itulah sifatnya(suka membantu orang).

Dalam serangan itu, dua orang penyerang telah menyerang dua kelas berasingan dan kedua-duanya telah ditahan pihak polis beberapa minit selepas serangan berlaku.

Sumber: CBC, Denver Post, CBS Denver

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Aug 2022

Busana Hitam Di KLFW Dikritik Macam Plastik Sampah, Ada Yang Tegur Aina Abdul Makin Over… Ini Respons Empunya Badan

Fuhhhh, fesyen Aina Abdul sentiasa berjaya curi perhatian orang ramai eh? She vassss la gais! 🔥🤭🔥 Sajat pun komen tau 🤣

Featured Fri, 23 Jan 2026

“Kalau Nak Laser Ketiak Ke, Misai Ke, Bibir Ke.. Suka Hati! Tak Payah Canang 1 Malaysia”- Fazley Yaakob

Datuk Fazley Yaakob tampil memberi teguran sinis kepada mereka yang suka berkongsi isu sensitif di media sosial.

Trending Wed, 4 Nov 2020
Hiburan Thu, 3 Jul 2025

“Nak Bergurau Ada Hadnya, Jangan Sampai Menyindir” – Ezzanie Jasny

Ezzanie Jasny beri pesanan pedas kepada netizen bergurau melampau tapi menyindir?

Featured Mon, 27 Dec 2021

Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Badrul Muhayat Didakwa Bawa Lari Anak-Anak

Seorang wanita yang dikenali sebagai Julia Ma’wa memberitahu di sebuah hantaran Facebook miliknya bahawa bekas suaminya yang merupakan pelakon drama tempatan, Badrul Muhayat telah melarikan anak-anaknya. Julia menerusi hantaran itu menjelaskan terdapat kesan umpil di […]

error: Content is protected !!