Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops April 23, 2020 @ 10:51am

Resipi apam lenggang tradisional yang sangat mudah, paling penting menjadi dan sedap!

Apam lenggang, makanan tradisi yang begitu popular di negeri utara. Resipi dan cara penyediaannya memang mudah, namun rasanya sangat memikat selera tidak mengira umur.

Apam lenggang sesuai dimakan untuk sarapan dan juga minum petang. Rasanya yang lemak manis sangat sedap dinikmati begitu sahaja, namun tidak kurang juga ada yang mencicah dengan kuah kari, sardin dan sambal ikan bilis, mengikut cita rasa masing-masing.

resipi apam lenggang sedap

Kredit gambar: EnyAbdullah.Com

Ada banyak versi resipi untuk membuat apam lenggang antaranya menggunakan nasi sejuk dan ragi untuk menghasilkan tekstur yang gebu dan lembut. Jom lihat resipi apam lenggang yang mudah dan senang untuk disediakan.

resipi apam lenggang sedap

Kredit gambar: Senangnya Masak

Bahan yang diperlukan:

  • 1 ½ cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 ½ sudu kecil yis
  • 7 ke 8 sudu besar gula
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan
  • Sebiji telur
resipi apam lenggang sedap

Kredit gambar: Senangnya Masak

Cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali santan. Gaul sebati dan perap selama dua hingga tiga jam.
  2. Kemudian, masukkan santan dan gaul sekali lagi.
  3. Panaskan kuali dan ratakan sedikit minyak pada kuali.
  4. Ambil satu senduk adunan dan lenggangkan kuali sehingga adunan menjadi bulat sekata.
  5. Tutup apam dengan tudung periuk dan masak selama dua hingga tiga minit dengan api perlahan.
resipi apam lenggang sedap

Kredit gambar: Senangnya Masak

Apam lenggang siap untuk dinikmati. Memang sedap dimakan panas dan pastinya memang tidak cukup satu untuk seorang. Selamat mencuba!

Kredit sumber: Senangnya Masak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Jan 2023
Featured Thu, 15 May 2025
Featured Sat, 22 Nov 2025

Farahdhiya Selesa Cari Jodoh Guna Cara ‘Old Fashioned’ – “Orang Zaman Sekarang Suka Buat & Cakap Benda Pelik-Pelik, Saya Jadi Takut”

“Hari ni nampak ramai pula yang mencari jodoh untuk diri sendiri. Good idea sebenarnya tapi…” – Farahdhiya

Featured Mon, 20 Feb 2023

Individu Dakwa Intan Najuwa Sudah Bertunang Dengan Lelaki Berstatus Datuk?

Wahhh, kalau betul apa salahnya kan ❤️🥰🥰

Featured Mon, 15 Dec 2025

“Jangan Gopoh Atau Self Sabotage Untuk Benda Tak Baik” – Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat Buat Syada Amzah

Kata Syada, dia takut dan pernah berasa trauma untuk membuka hatinya kembali selepas mengalami pengalaman kurang manis berdepan masalah dalam perhubungan.

Featured Tue, 4 Oct 2022
error: Content is protected !!