Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops December 27, 2018 @ 12:00pm

Resipi Kek Tiramisu Berperisa Kopi Yang Tulen Dari Itali

Ya, nama pencuci mulut ini berbunyi macam perkataan Jepun tapi sebenarnya ia datang dari sebuah negara Eropah, iaitu Itali.

Kek berperisa kopi ini merangkumi biskut span (savoiardi) yang direndam dalam espresso dan dilapisi dengan custard dan koko.

Dalam bahasa ibundanya, tiramisu membawa maksud “cheer me up” atau “gembirakan saya”. Well, kalau anda minat minuman kopi, anda pasti rasa gembira setelah makan dessert ini!

Biskut bersalut kopi bila dimakan dengan custard berkrim… fuuuh. Rasanya mengancam!

Kek ini bukanlah susah nak buat. Jika anda teringin nak cuba buat dengan menggunakan resipi tiramisu yang authentic dari Itali, rujuk kepada resipi di bawah ini.

Bahan-Bahan

  • 400 gram ladyfingers (biskut span)
  • 6 biji telur segar
  • 1 cawan espresso
  • 10 sudu besar gula (120 gram)
  • 2 1/3 cawan keju mascarpone (500 gram)
  • Serbuk koko tanpa gula
  • Serpihan coklat

Nota penting:

  • Pengganti bagi ladyfingers adalah kek span kosong atau pound cake. Potong menjadi segi empat tepat bersaiz 4 inci dan keringkan di dalam oven bersuhu 120 darjah Celcius.
  • Untuk membuat tiramisu yang asli, anda mesti guna espresso; kopi biasa tak boleh.
  • Kerana resipi ini menggunakan telur yang takkan dimasak, anda perlu gunakan telur yang sesegar mungkin untuk mengelakkan salmonella.

Cara Penyediaan

  1. Asingkan telur kuning dan putih, masukkan ke dalam bekas masing-masing.
  2. Masukkan separuh daripada jumlah gula ke dalam mangkuk berisi telur kuning. Pukul dengan mixer.
  3. Tambahkan mascarpone cheese dan pukul lagi.
  4. Pukul pula telur putih di dalam mangkuknya. Masukkan lebihan gula dan pukul lagi.
  5. Masukkan campuran telur putih ke dalam mangkuk telur kuning tadi dan gaulkan perlahan-lahan hingga sebati.
  6. Sediakan sebuah pinggan petak, sapukan selapis nipis campuran telur+keju (custard) di dasarnya.
  7. Rendamkan ladyfingers ke dalam espresso sebentar dan susun di atas lapisan custard itu hingga ia menjadi satu lagi layer.
  8. Kemudian sapu satu lagi lapisan custard di atasnya. Taburkan serpihan coklat pula di atas custard tersebut.
  9. Susun satu lagi layer ladyfingers yang direndam dalam espresso. Kemudian sapukan custard selebihnya di atas.
  10. Akhir sekali, taburkan serbuk koko di atasnya. Biarkan di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum hidang.

Sumber: Mamma’s Kitchen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 28 Oct 2018
Eat Travel Wed, 10 Oct 2018

Nikmati Hidangan Lazat Dalam Suasana Berkonsepkan Bar Yang Dijamin 100% Halal

Jibril mengetengahkan konsep speakeasy (hidden bar) dan hidangan Barat yang lazat!

Eat Travel Tue, 19 Jun 2018

5 Bahagian Kabin Kapal Terbang Yang Paling Kotor Dan Berkuman, Anda Memang Patut Elak

Elakkan daripada terkena jangkitan virus dengan tips ini.

Eat Travel Tue, 11 Sep 2018

Ada Sebab Penting Restoran Fast Food Menggunakan Warna Merah & Kuning Untuk Logo Mereka

Anda perasan tak banyak kedai fast food mempunyai logo berwarna ini?

Eat Travel Thu, 16 May 2019
Eat Travel Sat, 9 May 2020
Eat Travel Thu, 26 Jul 2018

Marvelous Betul Kerabu Kerang Ala Thai Ini! Memang Jilat Jari Punyalah

Kalau nak pedas, tambah lagi cili padi. Baru syok makan!

Eat Travel Wed, 19 Dec 2018

Mee Besen Original Melaka, Makan Sampai Kenyang!

Khabarnya hidangan di sini semuanya sedap-sedap belaka!

Eat Travel Thu, 29 Nov 2018
Eat Travel Fri, 27 Jul 2018
error: Content is protected !!