Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops January 6, 2020 @ 12:54pm

Resipi kuih tepung bungkus paling sedap dan mudah

Kuih tepung bungkus merupakan antara pencuci mulut tradisional yang sangat digemari pelbagai lapisan umur dan masyarakat. Seperti namanya, kuih ini dibungkus dengan daun pisang dan diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa.

Kuih yang mempunyai rasa lemak manis ini turut dikenali dengan nama Kuih Puteri Dua Sebilik. Tidak dinafikan agak sukar untuk mendapatkan kuih tepung bungkus di bandar. Jika adapun, mungkin tidak menepati selera kita.

kuih tepung bungkus

Kredit foto: TheInstaProfile

Justeru, apa kata cuba resipi yang dikongsi Iffat Irdina menerusi laman Facebook miliknya. Bahan dan cara penyediaannya sangat mudah, memang jimat, berbaloi serta puas untuk dinikmati. 

Bahan yang diperlukan:

2 cawan tepung beras
4 cawan santan segar
1 sudu garam

Bahan untuk inti kelapa:

1 biji kelapa (putih sahaja)
1 cawan gula merah
1 setengah cawan air
1/2 cawan gula pasir
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 sudu tepung gandum

Cara penyediaan:

1. Langkah pertama adalah membuat inti terlebih dahulu. Masak gula merah dan gula pasir di dalam air. Masukkan daun pandan serta secubit garam untuk meningkatkan lagi aroma resipi ini.

Nota: Anda juga boleh menggunakan gula kerek, nisan atau gula Melaka dalam resipi ini.

2. Kemudian masukkan kelapa dan kacau sebati. Setelah itu, masukkan tepung gandum, kacau sebati dan biar sehingga kering.

3. Angkat dan sejukkan inti terlebih dahulu sebelum meletakkannya dalam adunan tepung.

4. Sementara itu, buat adunan untuk doh. Mula-mula kacau santan dan garam sebati tanpa api. Kemudian masukkan tepung beras dan masak atas api sederhana sehingga menjadi pekat dan tidak berketul.

5. Sudukan adunan tersebut di atas daun pisang dan buat lubang sedikit untuk meletakkan inti.

6. Seterusnya, sudukan inti kelapa secukupnya dan letakkan adunan tepung sedikit untuk menutup lubang inti.

7. Bungkus kemas dengan daun pisang dan kukus selama 15 hingga 20 minit.

kuih tepung bungkus

Kuih tepung bungkus sedia untuk dinikmati seisi keluarga ketika minum petang. Selamat mencuba!

kuih tradisional tepung bungkus

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 6 Jun 2018

Nak Tahu Kelazatan Rendang Landak? Jom Ke Restoran Lembah Bernam

Anda penggemar makanan esortik atau berani mencuba sesuatu yang baru? Jika anda seorang yang thrill dalam meneroka makanan esortik, Restoran Lembah Bernam, Sekinchan ini adalah lokasi yang menepati citarasa anda.

Featured Wed, 6 Nov 2024

Nyanyian Fazura Raih Perhatian, Abby Abadi Pula Tampil Backup – “Kalau Maki Dapat Apa? Comel Je Dia Nyanyi”

Abby Abadi sifatkan nyanyian Fazura tidaklah sumbang seperti yang didakwa.

Featured Mon, 19 Sep 2022

Zara Zya Nak Jadi Jahat

Zara Zya nak bawa kelainan dalam lakonan

Featured Fri, 15 Aug 2025

“Terima Kasih Kerana Melahirkan & Membesarkan, Adik Doakan Mama Sentiasa Diberkati”- Anna Jobling

Anna juga berharap agar peminat mendoakan kehidupan barunya selepas ini.

Featured Sat, 15 Mar 2025

Lagu Raya ‘Syawal Rindu’ Kolaborasi Sulung Black Hanifah & Adira Suhaimi

Penyanyi popular, Black Hanifah dan Adira Suhaimi kini tampil  dengan lagu raya baharu mereka pada tahun ini.

Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Fri, 28 Mar 2025

Tebuk Surah Al-Mulk, Bacaan Noorkhiriah Dipuji Sedap – “Tak Ada Belajar Tarannum Pun”

Khiriah mengaku untuk kekal istiqamah sangatlah susah, justeru dia meminta agar orang ramai sentiasa mendoakannya.

Featured Fri, 15 May 2026
error: Content is protected !!