Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops June 11, 2020 @ 11:56am

Resipi nasi ulam utara yang sihat dan wajib dicuba

Umum mengetahui ulam mempunyai 1,001 khasiat yang baik untuk kesihatan. Selain sedap dinikmati begitu sahaja bersama-sama sambal budu, sambal belacan atau sambal tempoyak, ulam juga menjadi bahan utama dalam menu istimewa, nasi ulam.

Seorang pengguna Facebook, Anyta Nyta‎ berkongsi resipi nasi ulam utara dalam laman masakan popular, Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Menurut wanita yang berasal dari Perlis itu, resipi nasi ulam berkenaan adalah resipi daripada ibunya sendiri.

resipi nasi ulam utara sedap

Kredit gambar: Phoenixhillna.org

Jom lihat resipi nasi ulam utara di bawah:

Bahan yang diperlukan:

3 cawan nasi putih
3 batang serai (ditumbuk)
2 inci lengkuas (ditumbuk bersama 1/2 inci belacan)
Satu paket kecil lada hitam (ditumbuk halus)
5 ulas bawang merah (dihiris halus)
Halia (dipotong dadu halus)
Satu senduk kerisik
Sedikit garam
Pucuk-pucuk ulam (Nota: Jika mahu sedap, ulam harus banyak)
Ulam (dipotong halus-halus, daun selom dan daun pegaga boleh letak banyak)
Isi ikan kering talang (digoreng dan ditumbuk halus)

resipi nasi ulam utara

Kredit gambar: Facebook Anyta Nyta

Cara penyediaan:

1. Gaul nasi dengan kerisik.
2. Masukkan ikan kering yang telah ditumbuk dan gaul rata.
3. Jika nasi sudah rasa garam, tidak perlu tambah garam lagi.
4. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk dan gaul rata.
5. Masukkan ulam yang telah dipotong halus.
6. Jika suka lada boleh masukkan lebih sedikit.

Nasi ulam utara siap untuk dinikmati seisi keluarga. Selamat mencuba!

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1079554179094686&set=gm.3266855530304407&type=3&theater

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Sep 2023
Featured Thu, 7 Nov 2019

Ratu Malaysia Universe 2019 imbas pengalaman berbadan gempal

Shweta Sekhon promosi kempen #yourbodyyoursay

Featured Wed, 9 Jul 2025

“Semua Lari Bertempiaran Macam Lipas Kena Spray” – Uyaina Arshad

Uyaina tampil mendedahkan netizen kaki buli akhirnya padam komen.

Eat Travel Wed, 28 Aug 2019

4 snek yang anda boleh ‘masak’ dengan seterika

Tiada dapur masak atau pan? Tiada masalah!

Featured Sat, 19 Mar 2022

Kerajaan Meluluskan Kadar Gaji Minimum RM1,500 Sebulan Bermula 1 Mei Ini – PM

Alhamdulillah, berita baik buat semua rakyat Malaysia 🤩

Featured Fri, 8 Aug 2025

Pernah Trauma Naik Pesawat, Intan Najuwa Minta Tips Elak ‘Anxiety’

Trauma gara-gara pernah berdepan dengan pengalaman ribut.

error: Content is protected !!