Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida June 22, 2018 @ 6:26am

Pelik! Lelaki Nekad Pecah Rumah Hanya Berseluar Dalam

Bimbang baju dan seluar tersangkut di tingkap, seorang lelaki yang sedang memecah masuk rumah nekad memakai seluar dalam!

Namun kejadian itu mengundang padah apabila perbuatannya disedari jiran tetangga.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, suspek dikatakan memecah masuk ke dalam rumah tersebut melalui tingkat dapur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek berusia 43 tahun itu berjaya mengambil beg tangan dan dompet yang mengandungi kad pengenalan milik isteri dan anak-anak mangsa sebelum bertindak melarikan diri.

“Suspek yang hanya memakai seluar dalam terus berjalan kaki keluar dari rumah mangsa sebelum kegiatannya disedari jiran mangsa yang kebetulan sedang berbual bersama beberapa rakan di luar rumahnya.

“Suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan terus ditahan sebelum kumpulan lelaki berkenaan lalu memaklumkan kejadian kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi disini, hari ini.

Mohamad Roy berkata, susulan daripada itu, mangsa melakukan pemeriksaan di dalam rumahnya dan mendapati besi tingkap dapur dipatahkan dan beberapa keping cermin tingkap tersebut telah ditanggalkan.

“Ekoran itu, mangsa terus menghubungi pihak polis sebelum menyerahkan suspek untuk tindakan seterusnya.

“Semakan lanjut ke atas suspek, ini merupakan kali pertama suspek melakukan kegiatan pecah rumah dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Dec 2025

“Dah Agak Mesti Ada Komen Badigol” – Intan Najuwa Perjelas Salah Faham Bawa Keluarga Pembantu Rumah Rai Krismas Di Kuala Lumpur

Kata Intan, dia sudah menjangkakan akan menerima pelbagai reaksi, termasuk komen negatif.

Featured Wed, 4 Jan 2023
Trending Wed, 26 Dec 2018

Rebat Bil Elektrik RM40 Kepada 185,000 Miskin Tegar Tahun Hadapan

Program rebat bil elektrik adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kualiti hidup rakyat seperti yang telah dinyatakan dalam Bajet 2019 pada 2 November lepas

Featured Sun, 29 Jun 2025
Hiburan Thu, 16 Apr 2026

MonoloQue Hidupkan Semula ‘Pujaan Hatiku’ Dalam Versi Lebih Intim

Versi terbaharu Pujaan Hatiku tampil dengan pendekatan berbeza apabila disusun secara minimalis.

Hiburan Thu, 19 Oct 2023

Ross Ariffin 3 Tahun Hidup Menderita, Dulu Komposer Terkenal Kini Gelandangan Kaki Lima

Kesiannya Ross Ariffin, semoga segala urusan dipermudahkan…

error: Content is protected !!