Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom November 5, 2019 @ 1:34pm

River manifestasi kecintaan Tom Abang Saufi pada Sungai Sarawak

 

Sungai Sarawak menjadi inspirasi dalam rekaan terbaharu pereka fesyen tempatan yang disegani ramai, Datuk Tom Abang Saufi, bersempena dengan Malam Gala Tekstil Kraf Borneo yang berlangsung di bandar raya Kuching, baru-batu ini.

Pemilihan tema bagi koleksi River itu menjadi metafora yang membawa mesej penting iaitu menebarkan rasa kecintaan dan tanggungjawab masyarakat sekitar untuk menjaga Sungai Sarawak menerusi rekaan yang bukan sahaja indah, tetapi paling penting anggun dan praktikal.

Tom berkata, tema berkenaan dipilih bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan memulihara sungai di Sarawak yang menjadi sebahagian daripada unsur penting dalam masyarakat Sarawak.

“Setiap kali saya kembali ke Sarawak, sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, saya pasti akan menjenguk keluar untuk melihat Sungai Sarawak. Itulah panorama wajib saya lihat setiap kali pulang ke Kuching. Pemandangan ini mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak.

“Dulu masa kecil kalau nak ke pantai, kena naik bot melalui Sungai Sarawak dan ia mengambil masa yang panjang untuk sampai ke destinasi. Kalau kita tidak mengambil tanggungjawab untuk memulihara sungai ini, ia akan memberi kesan buruk pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Foto: NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Malam Gala Tekstil Kraf Borneo diserikan dengan kehadiran Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Program itu diadakan bertujuan untuk mempromosi dan memartabatkan produk kraf tekstil Sarawak dan Sabah yang menampilkan kolaborasi pereka fesyen tempatan. Selain Tom Abang Saufi, pereka fesyen yang terbabit antaranya daripada Tanoti Sdn Bhd, Pua Indah Enterprise dan pereka dalaman Kraftangan Malaysia.

Tom berkata, kepelbagaian budaya dan etnik di negeri itu turut diterjemahkan dalam bentuk permainan warna yang bukan saja terdiri daripada rona alam, akan tetapi variasi warna memikat perhatian ramai, membuatkan mereka tidak lupa pada keindahan warna yang digunakan.

“Bagi menyerikan lagi rekaan in, saya menggunakan warna untuk lebih menyerlah. Dua jenis fabrik utama digunakan iaitu sutera batik dan sifon, bukan saja kerana ia digemari ramai, bahkan warna yang dicelup atau dilukis pada kain sutera, memberikan hasil yang lebih cantik serta eksklusif.

Foto: NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Foto: NSTP/HAZREEN MOHAMAD

“Saya berasa amat gembira dapat berkolaborasi dengan Kraftangan Malaysia dan menghasilkan rekaan untuk pertunjukan fesyen pada Malam Gala Tekstil Kraf Borneo ini. Sebahagian daripada batik yang digunakan dalam rekaan saya, dihasilkan oleh pasukan kakitangan di Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia sendiri.

“Kolaborasi ini dilihat sebagai satu perkongsian ilmu, bukan saja saya sebagai pereka fesyen dapat berkongsi pengalaman dengan mereka yang terbabit, sebaliknya saya sendiri dapat mempelajari proses mencanting batik itu dilakukan. Ia adalah situasi di mana kedua-dua belah pihak memperoleh kebaikan daripadanya,” katanya.

Foto: NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Bercakap mengenai sambutan Tahun Melawat Malaysia yang akan berlangsung tahun depan dan Sarawak sebagai satu daripada destinasi pelancongan negara, Tom sebagai anak jati Sarawak, mahu terus memperkasakan jenamanya dengan mengangkat kepelbagaian batik yang terdapat di Borneo dengan rekaan sejagat.

Katanya, barangan kraf Sarawak dan Sabah sangat mudah untuk dipromosikan kerana keunikan dan kehalusan pembutannya, namun memerlukan kreativiti dalam menghasilkan produk yang menepati kehendak pasaran antarabangsa.

Foto: Instagram Tom Abg Saufi

“Antara kriteria produk kraf Sabah dan Sarawak adalah penghasilannya yang tidak mencemari alam dan selamat digunakan. Seperti koleksi yang dihasilkan sejak 40 tahun terbabit dalam industri fesyen, saya mengenengahkan rekaan yang boleh diterima pelbagai bangsa.

“Memang saya tetapkan begitu, selain menerapkan unsur-unsur budaya dalam setiap rekaan saya yang praktikal tanpa zip atau butang. Sesiapa sahaja boleh menggayakannya, daripada berstatus nenek sehinggalah cucu boleh memakai rekaan yang sama, namun berbeza gaya.

“Cabaran besar untuk tahun hadapan bersempena sambutan Tahun Melawat Malaysia adalah untuk merancakkan perniagaan secara atas talian. Saya menghasilkan pakaian yang boleh dipakai sehingga saiz XXXL, dilengkapi aksesori seperti ikatan tali dalam memberi nilai tambah kepada penampilan pemakai,” katanya yang meramalkan hijau sebagai warna popular tahun 2020.

Foto: NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Sementara itu, seramai 120 usahawan kraf dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia menyertai Malam Gala Tekstil Kraf Borneo yang berlangsung di Hotel Concorde Kuching Sarawak. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti jualan kraf, pameran produk baharu, demonstrasi kraf, interaktif kraf, peragaan fesyen dan persembahan kesenian.

Menghadirkan inovasi rekaan baharu, produk yang dihasilkan memberi fokus pada penglibatan komuniti setempat dalam pembuatan produk Songket Sarawak, Tenunan Pua Karap dan Batik Linut dari Sarawak serta Tenunan Dastar, Tenunan Sambitan, Tenunan Rungus dan Sulaman Pis dari Sabah.

Foto: NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Foto: NSTP/HAZREEN MOHAMAD

 

Antara koleksi menarik pereka fesyen yang turut terbabit:

Foto: NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Foto: NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Foto: NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Foto: NSTP/HAZREEN MOHAMAD

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 24 Apr 2025

Kepimpinan Baharu MDA 2025-2026: Siap Sedia Terajui Evolusi Industri

Persatuan Digital Malaysia (MDA) telah mengumumkan barisan kepimpinan utama bagi penggal 2025-2026.

Featured Sat, 27 Jul 2024
Cahaya Mata Wed, 17 Aug 2022

“Semoga Mama Pun Kuat!” – Menangis Sampai Mata Bengkak! Mira Filzah Luah Perasaan Pertama Kali Jauh Dengan Anak

Ramai yang cakap Mira Filzah seorang ibu yang kuat dan dijadikan inspirasi buat ibu yang bekerjaya 😍

Oh Lawa Tue, 23 Jan 2018

Tip Agar Gincu Bibir Kekal Lama

Satu masalah dengan gincu bibir ialah jika ia tidak tahan lama. Kadang-kadang rasa leceh apabila perlu reapply beberapa kali dalam sehari. Jadi bagaimana cara untuk pastikan warna gincu bibir kekal sepanjang hari?

Featured Thu, 17 Oct 2024

Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Tayang Bunga Lama?

Hmmmm… betul ke ni. So, acah je lah ni pakai bunga yang sedia ada👀

Featured Tue, 20 Dec 2022

Viral Video Gadis Berpelukan Di Konsert, Ini Reaksi Alif Teega

Personaliti media sosial, Alif Teega memberi teguran kepada gadis yang tular internet kerana berpelukan bersama penyanyi Afgan ketika menghadiri sebuah konsert, baru-baru ini. @alifteegaKalau korang jumpa Alif peluk tak?🤣♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan Alif […]

Featured Mon, 11 Mar 2024
error: Content is protected !!