Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin April 1, 2024 @ 10:26am

RM2 Juta Hangus! Usahawan Cantik Hampir Bun*h Diri Kena Tikam Dengan Kawan Baik

Ditipu oleh rakan baik sendiri membuatkan usahawan Ezan Ithnin hampir mahu membunuh diri kerana tertekan.

Rakan yang disangka baik sanggup ‘menikam’ dari belakang dan menjadi individu yang mahu melihat sahabat sendiri jatuh sehingga tiada apa-apa.

“Kisah ini berlaku tahun lalu. Saya mempunyai beberapa orang kawan baik yang juga rakan kongsi dalam bisnes construction .

“Nama pun kawan baik. Jadi segala-galanya dikongsi bersama. Ini kerana dalam berkawan saya niat ikhlas kerana Allah, ingin sama-sama berjaya.

“Tapi itulah, buat baik belum tentu dibalas baik. Bukanlah saya mengharapkan balasan dalam berkawan, tapi janganlah mengkhianati saya sehingga membuatkan saya jatuh terduduk dengan kerugian keseluruhan sebanyak RM2 juta.

“Jumlah ini merujuk kepada beberapa kali saya ditipu oleh kawan baik yang berlainan. Rasa kecewa, terkilan dan saya hampir mahu bunuh diri kerana terlalu stres.

“Saya jadi murung, kepala berpusing-pusing dan berat badan susut sebanyak 20 kilogram. Dalam masa yang sama, kerap kali ada suara berbisik kepada saya agar terjun dari bangunan pejabat yang tinggi untuk hilang stres.

“Saya mengucap panjang. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya untuk tidak melakukan dosa besar itu,” luahnya yang hampir terjun dari sebuah bangunan tinggi sekitar Kuala Lumpur.

Ezan yang merupakan usahawan teknologi baharu dan pelancongan itu tidak berniat mahu membongkar kisah yang berlaku dulu, tetapi niatnya mahu berkongsi dengan masyarakat agar berwaspasda terhadap kawan baik.

“Saya yakin, apa yang berlaku kepada saya juga terjadi kepada masyarakat di luar sana. Tidak kiralah apa bidang atau situasi sekalipun, berhati-hatilah dalam berkawan.

“Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai orang lain dan mudah ‘diperbodohkan’ sehingga akhirnya diri sendiri merana. Komitmen yang diberikan hanya sia-sia, emosi terganggu ditambah pula dengan kemurungan dan duit lesap RM2 juta, itu sahaja ‘faedah’ yang saya dapat hasil mempercayai kawan baik.

“Iya, kadang-kadang semua ini di luar kawalan kita. Kita bukannya tahu kalau kawan baik ada hati busuk atau berniat jahat. Di hadapan bukan main baik dan seolah-olah dialah yang paling prihatin, rupa-rupanya dialah yang menunggu masa mahu lihat kita jatuh.

“Tipulah kalau saya cakap tak pernah rasa nak putus asa. Tapi saya percaya Allah telah mengaturkan yang terbaik buat hamba-hambaNya.

“Apa yang berlaku jadikan pengajaran agar tidak berulang lagi,” ujarnya.

Pengalaman pahit itu membuatkan Ezan jadi fobia dan sukar untuk percayakan seseorang.

“Kesannya memang cukup terasa. Hingga kini saya memang susah nak percayakan orang lain, meskipun hari-hari berjumpa.

“Malah, saya jadi trauma untuk ada kawan baharu kerana pengalaman tersebut.

“Ada yang cakap saya ni ‘kera sumbang’ atau anti sosial kerana kurang bergaul. Saya dah tak kisah apa tanggapan orang, kerana pengakhirannya nanti saya juga yang merana. Cukup-cukuplah kena tipu,” tambahnya.

Berbekalkan semangat baharu, Ezan menerusi syarikatnya MYG Group Holding Sdn Bhd, kini sedang aktif mengusahakan bisnes berkaitan teknologi, produk pelancongan dan teknologi dalam pendidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Insya Allah, dalam masa terdekat syarikat saya akan merasmikan produk-produk kami di Malaysia.

“Selain bisnes, saya seronok kerana produk-produk yang kami bawa boleh beri faedah kepada kita semua dalam kehidupan seharian.

“Manusia yang paling baik adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Semoga dengan niat baik ini, saya akan terus dimurahkan rezeki dan dikelilingi oleh insan-insan yang baik,” tambahnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Mar 2020

Gaun perkahwinan RM800,000 dan majlis resepsi luar biasa Irina, kini tinggal kenangan

Rumah tangga waris jutawan Rusia ini bertahan 6 bulan saja!

Gaya Hidup Wed, 6 Jun 2018

Pening Kepala Nak Packing Barang Untuk Balik Raya? Cuba Tip Ini

Tip packing barang nak balik raya ini akan membantu anda!

Featured Wed, 6 Mar 2019
Featured Mon, 30 Mar 2020
Featured Tue, 17 Jan 2023

Kongsi Momen Bahagia, Hana Ismail Teruja Hidangan Dipuji Enak Oleh Dai Syed

Pasangan suami isteri, Hana Ismail dan Dai Syed acap kali mencuri tumpuan netizen kerana sering berkongsi momen bahagia dalam berumah tangga. @hanaalmauzah_Thanks sayang puji saya masak sedap 🥰♬ Ayang (Live) – Nabila maharani feat NM […]

Gaya Hidup Thu, 18 Jan 2018

Krisis Pertengahan Usia: Apa Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Krisis pertengahan usia adalah transisi antara identiti dan keyakinan diri yang berlaku dalam kalangan individu pertengahan usia dalam lingkungan 45 hingga 64 tahun. Krisis ini boleh dilihat dari segi psikologi dan kelakuan yang berbeza untuk […]

Gaya Hidup Thu, 24 May 2018

Cara Anda Membalut Hadiah Sama Saja Dari Dulu? Cuba 5 Teknik Lebih Kreatif Ini

Bukan penerima hadiah itu saja, orang lain pun pasti akan rasa kagum dengan kebolehan anda.

Gaya Hidup Fri, 29 Mar 2019

Ukur dada, punggung sendiri itu cara tepat memilih pakaian dalam anda!

Apabila si gempal memakai g-string, tidak dapat dibayangkan!

FESYEN Sun, 19 Jan 2025
error: Content is protected !!