Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 10, 2021 @ 11:06pm

Roh Diangkat Sebagai Filem Terbaik, Sangkar Raih 5 Trofi – Ini Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia 31

Acara kemuncak industri filem Malaysia, Festival Filem Malaysia (FFM) ke-31 diadakan sebentar dengan konsep norma baharu dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), FFM31 diacarakan oleh Awal Ashaari dan Sharifah Shahira ini memberikan 28 anugerah kepada penggiat seni.

Filem Roh terbitan Kuman Pictures diangkat sebagai Filem Terbaik dan menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000 berserta trofi.

Selain itu, Roh juga meraih lima trofi lain iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Junainah M. Lojong), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Putri Qaseh), Lakon Layar Terbaik (Emir Ezwan), Rekaan Busana Terbaik (Tengku Syahmi) dan Skor Muzik Terbaik (Reinchez Ng).

Filem terbitan Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan MM2 Entertainment, Sangkar berjaya meraih lima anugerah di FFM31 menerusi kategori Tatarias Terbaik (Ella Sandera), Penataan Seni Terbaik (Nazrul Asraff Mahzan), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Remy Ishak), Pelakon Lelaki Terbaik (Zul Ariffin) dan Pengarah Terbaik (Kabir Bhatia).

Filem animasi terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation, Ejen Ali The Movie meraih dua trofi iaitu Filem Box-Office dan Penataan Bunyi Terbaik (Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal, Shafiq Isa).

Berikut merupakan senarai penuh pemenang FFM31:

Sinematografi Terbaik
Low Soon Keong – Fly By Night

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Putri Qaseh – Roh

Lagu Tema Terbaik
Ayuhlah (Datuk Zainal Abidin / Michael Veerapen / Datuk Zainal Abidin) – Suatu Ketika

Penyunting Terbaik
Heng Yin Chau – Fly By Night

Pelakon Wanita Harapan
Fify Azmi – Wira

Pelakon Lelaki Harapan
Anding Indrawani – Headhunter

Pengarah Harapan
Zahir Omar – Fly By Night

Cerita Asal Terbaik
Tan Twan Eng – The Garden of Evening Mists

Lakon Layar Terbaik
Emir Ezwan – Roh

Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir
Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman
Fauziah Nawi

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Junainah M. Lojong – Roh

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Remy Ishak – Sangkar

Filem Box-Office
Ejen Ali The Movie – Primeworks Studios, Wau Animation

Poster Terbaik
Christopher Chua Eng Hui – Walk

Kesan Khas Visual Terbaik
VHQ Post – The Garden of Evening Mists

Tatarias Terbaik
Ella Sandera – Sangkar

Rekaan Busana Terbaik
Tengku Syahmi – Roh

Skor Muzik Terbaik
Reinchez Ng – Roh

Penataan Seni Terbaik
Nazrul Asraff Mahzan – Sangkar

Penataan Bunyi Terbaik
Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal, Shafiq Isa – Ejen Ali The Movie

Anugerah Khas Juri 1
Suatu Ketika
Anugerah ini diberikan kerana ia menonjolkan semangat dan pembentukan jati diri.

Anugerah Khas Juri 2
Geran
Anugerah ini diberikan kerana karya ini menyampaikan sisi pendekatan segar terhadap seni budaya dan warisan.

Anugerah Khas Juri 3
Headhunter
Anugerah in diberikan kerana karya filem ini menterjemahkan representasi budaya kelompok etnik yang khusus.

Pelakon Wanita Terbaik
Sinje Lee – The Garden of Evening Mists

Pelakon Lelaki Terbaik
Zul Ariffin – Sangkar

Pengarah Terbaik
Kabir Bhatia – Sangkar

Filem Terbaik
Roh – Kuman Pictures

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Jul 2018

「全球最矮小的可爱夫妻」生育子女是他们最烦恼的事

人们常说,只要真心相爱,身高、距离、年龄都不会是问题!这对夫妻的身高均不足0.9米,但却身体力行地向人们证明了在爱面前,其它什么都不重要。

Gaya Hidup Wed, 9 Oct 2019

Dituduh menunjuk-nunjuk kekayaan, Kylie Jenner padam foto kereta mewahnya

Komen orang ramai di Instagramnya pedas-pedas belaka!

Trending Wed, 25 Mar 2020

“Inilah Masa Wanita Single Atau Yang Sukakan Laki Orang Pergi Pasaraya,” – Gurauan Michael Ang Cuit Hati Rakan Artis Dan Netizen

Menerusi siaran langsung Pengumuman Rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, beliau telah mengumumkan tempoh Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir pada 1 April dilanjutkan sehingga 14 April. Sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini, […]

Featured Wed, 9 Nov 2022
Trending Wed, 17 Feb 2021

Elak Kekeliruan, KWSP Digesa Percepat Kelulusan i-Sinar

Tu lah kata syarat pengeluaran sudah dimansuhkan …

Trending Tue, 7 Jul 2020
Featured Mon, 16 Jan 2023
error: Content is protected !!