Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 21, 2024 @ 3:22pm

Rumah Tangga Didakwa Goyah, Heliza Helmi Terkejut… Mohon Doa Yang Terbaik

Pelakon, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Heliza Helmi terkejut apabila ada pihak mendakwa rumah tangganya sedang berantakan.

Katanya menerusi temu bual bersama Melodi, dia tidak tahu menahu dari mana datangnya berita itu.

“Dari mana datangnya dakwaan itu? Kedua dia dengar daripada siapa dan macam mana?

“Sebab kalau saya menjawab persoalan ini tanpa mengetahui dari mana puncanya macam mana saya nak jawab. Kadang-kadang perkara ini ada orang sengaja create,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

 

Mengaku tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku kelak, Heliza bagaimanapun berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

“Saya rasa mungkin tak terbuka dan tak perlu ditutup sebenarnya. Mungkin tidak ada isu mengenai perkara ini.

“Tapi apa apa pun, kesimpulannya doakan moga setiap pasangan suami isteri mendapat rumah tangga yang sakinnah, mawaddah dan warahmah, mudah-mudahan sampai ke jannatul firdausi.

“Kita tak tahu akan apa akan berlaku kelak tapi mudah-mudahan selamat dunia akhirat dan Allah reda,” jelasnya.

Ketika disoal mengenai perkongsian foto bersama suami di media sosial semakin berkurang, Heliza menjelaskan foto bersama suami masih ada namun banyak yang tidak sempat untuk dimuat naik memandangkan kedua-duanya sibuk dengan pekerjaan masing-masing.

“Saya pun tidak tahu sebab mereka (netizen) yang berkata. Jadi mari kita tanya kepada orang yang berkata tu.

“Sebab dalam tu banyak je gambar tapi sebenanya saya sendiri yang tak larat nak upload sebab banyak sangat. Itupun sebab kerja, kalau tak saya pun tak tahu instagram saya jadi apa,” ujarnya.

@melodiberapi Penyanyi Datin Seri Nur Heliza Helmi menjawab dakwaan menggatakan rumahtangga beliau bersama suami Datuk Seri Mahadi sedang bergolak dan bermasalah . #meloditv3 #helizahelmi ♬ original sound – Melodi tv3

 

 

Sumber: Instagram Melodi, Melodiberapi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 Apr 2022

#JusticeForBella: Petisyen Desak Menteri Tamatkan Khidmat Syed Azmi

Terus trending di twitter #JusticeForBella

Featured Thu, 15 Sep 2022

Lakonan Fattah Amin Makin Mantap, Fazura Banyak Bagi Nasihat

Gunakan kecaman sebagai pembakar semangat!

Featured Thu, 31 May 2018

Kalau Nak Kereta Sentiasa Bau Wangi, Anda Perlu Cuba Tip Ini

Kini masalah bau busuk kereta anda boleh diatasi dengan hanya menggunakan kopi sahaja!

Hiburan Thu, 14 Dec 2023

Pelakon Indonesia Keluar Masuk Lokap, Isteri Failkan Cerai Tertekan Suami Ketagih Syabu, Ganja

Alamak! Gara-gara najis dadah, habis berantakan rumah tangga.

Featured Wed, 10 Jan 2018

8 Makanan Zero Kalori Untuk Diet

Pernah dengar tentang makanan zero kalori? Jika anda seorang diet junkie, pasti tahu apa yang dimaksudkan dengan makanan zero kalori. Sebenarnya makanan zero kalori ini bukanlah tidak mengandungi kalori sama sekali, tetapi makanan itu mengandungi […]

Featured Tue, 7 Mar 2023

[VIDEO] Baby Shima Ajak Amir Ahnaff Gelek, Netizen Suruh Lari!

Amboi Baby Shima cuba masuk line ke tu?

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
error: Content is protected !!