Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 22, 2023 @ 5:24pm

Saharul Ridzwan Didik Anak Berpakaian Sunnah Sambut Ramadan – “Anak Membesar Tanda Kita Semakin Tua, Perjalanan Juga Makin Singkat”

Pelakon dan usahawan, Saharul Ridzwan tampil segak berpakaian sunnah menyambut kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Rizdwan Hashim, 34,  berkongsi foto bersama anak lelakinya, Muhammad Luth Ali mengenakan pakaian lengkap serban dan jubah berwarna biru lembut.

“Anak membesar tanda kita semakin tua. Umur makin meningkat, perjalanan juga semakin dekat. Semoga perjalanan ini apa yang Allah dan Rasulullah S.A.W suka.

“Ya Allah, pandanglah kami dan terimalah amalan kami,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan respons positif terhadap tindakan Saharul menyantuni anaknya.

Bahkan, memuji tindakannya yang teruja menyambut kedatangan Ramadan dengan mengamalkan cara berpakaian mengikut sunnah Rasullullah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)

 

Terdahulu, pelakon yang popular menerusi drama Sabarlah Duhai Hati ini memaklumkan, sudah hampir dua tahun dia meninggalkan dunia lakonan dek keran aktif berdakwah, malah dia juga tidak risau sekiranya peminat sudah mula melupakan namanya.

“Sekarang saya memang tengah sibuk berniaga dan belajar mengikut sunnah Nabi dan berdakwah untuk diri sendiri. Saya hanya boleh dakwah dengan berpakaian dan mengajak orang ramai datang ke masjid dan berselawat.

“Dan saya yakin Allah SWT boleh berikan sesuatu di luar jangkaan kita. Seandainya nak popular ni, tidak bergantung pada pekerjaan kita, Allah boleh bagi kita popular dengan cara baik dan sebaliknya, jadi saya tak pernah risau kalau nama saya sudah mula dilupakan orang tapi, jangan lupa hadiahkan al-Fatihah kalau saya meninggal.

“Istiqamah untuk kekal begini (berdakwah) memang sangat susah, kerana harga dan ganjaran untuk istiqamah itu adalah syurga. Susah tapi seronok insya-Allah,” katanya.

 

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Mar 2020

Eina Azman Berang Dituduh Pentingkan Diri Borong Enam Troli Barang

Pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman bertindak “menyelar” tindakan seorang pengguna Instagram yang mendakwa dirinya mementingkan diri kerana berbelanja besar semasa tempoh Kawalan Pergerakan ketika ini.  Menurut Eina,25, dia tidak menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya […]

Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Sat, 28 Jun 2025
Featured Tue, 25 Jul 2023

Aina Abdul Perjelas Spekulasi Kos Busana ABPBH 35 Didakwa Bernilai RM50,000

Kos anggaran sekadar puluhan ribu sahaja 😲😲😲

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Featured Thu, 5 May 2022

Haqiem Rusli & Isteri Manfaat Sambutan Syawal Bersama Keluarga Sebelum Berbulan Madu

Haqiem dan isteri pergi berbulan madu pada raya ketiga.

Featured Thu, 24 Mar 2022
error: Content is protected !!