Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 9, 2018 @ 3:41pm

Samsung Buka Kilang Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Di Dunia

Samsung akan membuka sebuah lagi kilang pengeluaran telefon pintar mereka di India hari ini. Kilang yang bertempat di Sector 81 di Noida, Uttar Pradesh itu akan muncul sebagai kilang pengeluaran telefon pintar terbesar di dunia apabila dilancarkan. Kilang itu dianggarkan dibina pada keluasan kira-kira 140,000 hektar.

Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dilaporkan akan melawat fasiliti, seterusnya merasmikan pembukaan kilang itu nanti. Ia menandakan bermulanya proses penghasilan besar-besaran Samsung di negara berkenaan.

India telah menjadi antara pasaran terbesar bagi industri telefon pintar di mana mereka dilaporkan menduduki tangga kedua selepas China dan mengatasi Amerika di tangga ke-tiga. Menurut laporan International Data Corp., sebanyak 124 juta unit peranti telah terjual di India sepanjang tahun 2017.

Bagi Samsung pula, mereka dikatakan berharap agar unit pengeluaran mereka dapat digandakan kepada 120 juta unit berbanding 67 juta unit yang dikeluarkan sekarang. Pada asalnya, kilang ini dibuka pada tahun 1997 untuk penghasilan TV namun pada tahun 2007, bahagian pengeluaran telefon pintar pula telah dibuka.

Pembukaan kilang ini juga dijangka akan membuka lebih 15,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Selain Samsung, Xiaomi juga dilaporkan ingin membuka tiga kilang pengeluaran baru di negara India pada masa akan datang.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 9 Jun 2018

Tips Penjagaan Adapter Laptop

Cara-cara bagaimana ingin menjaga adapter laptop anda untuk jangka masa yang lama.

Automobile Wed, 31 Jan 2018

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher secara tidak di rancang

TECH Wed, 25 Jul 2018

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Kemaskini PUBG Mobile 0.7.0

Pemain permainan battle royale yang sedang popular ketika ini, PUBG Mobile sudah boleh mula memuat-turun kemaskini terbaru bagi permainan tersebut di peranti iOS dan Android mereka bermula semalam. Beberapa pembaharuan menarik telah dibawa masuk untuk kemaskini kini berkenaan. Pembaharuan terbesar yang dibawa […]

TECH Wed, 25 Jul 2018

Google Mahu Gantikan Tugas Pekerja Pusat Panggilan Dengan Teknologi AI

Google sebelum sering kali mempromosikan teknologi kecerdasan buatan(AI) untuk kegunaan syarikat-syarikat dan perusahaan yang didakwa akan dapat memaksimakan kualiti kerja disamping mengurangkan kos. Kini, mereka sekali lagi menegaskan pendirian mereka berkenaan perkara tersebut. Mereka dilihat semakin […]

TECH Tue, 22 Jan 2019

Skip the Crowded Supermarkets this Year by Simple Using HappyFresh’s Delivery Service

There’s no need to drive out, search for parking, and then squeeze through crowds in supermarkets anymore.

TECH Sat, 23 Jun 2018

Tersalah Hantar e-mel? Gmail Ada Ciri Tarik Balik Hantaran e-Mel

Adakah anda terhantar e-mel kepada orang yang salah?Gmail ada penyelesaiannya.

TECH Sat, 27 Jul 2019
TECH Thu, 26 Sep 2019

「小丑」潘尼怀斯造型夜灯!夜里发光的眼睛超恐怖~

「小丑」潘尼怀斯造型夜灯!夜里发光的眼睛超恐怖,你确定真的敢用「他」吗?

TECH Thu, 29 Aug 2019

Guna Bukan Jenis ‘Fast Charging’ Pun Boleh Cepat Cas

Jom guna cara ini mana tahu cepat nanti cas

TECH Tue, 12 Dec 2017

Tips Mudah Memotong Fail Muzik Jenis MP3

Ramai diantara kita yang mempunyai fail MP3 tetapi tidak tahu cara untuk menyuting fail muzik jenis MP3 tersebut. 

error: Content is protected !!