Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 21, 2018 @ 9:40am

Samsung Sekali Lagi Lakukan Serangan Terhadap Apple

Seperti yang kita tahu, Samsung dan Apple ini adalah seperti Real Madrid dan Barcelona dalam dunia bola sepak, atau FIFA dan PES dalam industri permainan video. Mereka mempunyai peminat atau lebih tepat, penyokong mereka sendiri yang akan mempertahankan mereka apabila menerima apa jua corak serangan daripada pencabar masing-masing.

Samsung dan Apple menjadikan iklan pemasaran dalam apa jua bentuk bagi menyerang atau membuktikan bahawa mereka lebih hebat di antara satu sama lain. Bagi meyemarakkan lagi ‘peperangan’ ini, Samsung telah mengeluarkan beberapa video iklan sekaligus untuk menyerang musuh ketatnya, Apple.

Video yang pertama memaparkan seorang lelaki bertanyakan kepada pekerja Apple berkenaan penggunaan set kepala pada peranti iPhone. Staf Apple memberitahu ia boleh dilakukan dengan menggunakan dongle yang disediakan di dalam kotak apabila membeli peranti iPhone.

Lelaki itu bertanya lagi, bagaimana pula sekiranya beliau mahu mengecas peranti pada waktu yang sama, staf itu mencadangkan beliau untuk mendapat dongle yang lain. Jawapan tersebut tidak dapat diterima oleh pelanggan lelaki berkenaan.

Video seterusnya pula melibatkan seorang pelanggan bertanya berkenaan fungsi pengecasan pantas bagi iPhone. Staf yang sama memberitahu iPhone tidak hadir dengan fungsi tersebut, namun mendakwa beliau boleh mendapatkan kabel Lightning serta palam kuasa pengecasan pantas bagi menikmati fungsi itu.

Dakwaan itu dinyatakan selepas pelanggan wanita tersebut memberitahu bahawa Samsung S9 hadir dengan fungsi pengecasan pantas. iPhone 2018 dilaporkan akan hadir dengan fungsi berkenaan, jadi mungkin Samsung perlu memikirkan fungsi lain pula untuk diserang selepas ini.

Serangan seterusnya adalah terhadap kamera iPhone pula. DXOMark yang merupakan penilai bagi prestasi kamera telah memberikan skor 97 kepada kamera iPhone X manakala 99 markah pula diberikan kepada kamera Samsung Galaxy S9+.

Staf Apple dalam video itu tidak dapat menerima kenyataan dengan mengingatkan pelanggan yang memberitahunya tentang perkara tersebut agar tidak terlalu mempercayai skor yang diberikan.

Video yang terakhir pula adalah berkaitan kepantasan muat turun. Seorang kenalan staf Apple, Rose memberitahu iPhone X bukan peranti yang mempunyai kepantasan muat turun tertinggi di dunia. Staf itu memperakui kenyataan tersebut namun mendakwa iPhone X mampu memuat turun dengan lebih pantas berbanding iPhone 8.

Rose pula menjawab dengan menyatakan Samsung S9 pula memiliki kepantasan muat turun yang lebih baik berbanding iPhone X, sambil menyindir dakwaan Apple yang menggelar iPhone X sebagai ‘telefon pintar masa hadapan’. Namun, bagi kami serangan kali ini bersifat agak subjektif dan sukar dibuktikan.

Jadi, dengan empat serangan video ini kami menjangkakan pihak Apple tidak akan berdiam diri. Mungkin kita akan melihat serangan balas dari mereka tidak lama lagi, atau mungkin mereka akan menyerang menggunakan model iPhone 2018 yang akan dilancarkan kelak.

Sama-sama kita nantikan.

Kredit video : Samsung US (Youtube)

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 23 Feb 2019

Cara Mengatasi Masalah Muat Turun Tergendala Pada Playstore

Kepada pengguna Andorid, berikut kami kongsikan cara – cara untuk membaikpulih ralat yang terjadi sekiranya proses muat turun pada Google Playstore tidak dapat dilakukan.

TECH Thu, 6 Dec 2018

Asli atau palsu? Ini ialah Cara Menguji Kelajuan MikroSD pada Android

jika ingin tahu sd kad anda original ke tidak boleh lah mencubanya

TECH Sun, 11 Feb 2018

Tips Terjemahkan Bahasa Asing Tanpa Perlu Berpindah Aplikasi

Ramai yang suka menggunakan aplikasi terjemahan Google kerana sememangnya diperakui keberkesanannya.

TECH Mon, 12 Nov 2018

「鱼草共生」鱼缸征服上班族忙碌的心

疗愈系桌上盆栽是近年的办公室新宠!台湾团队ARKY 利用鱼排泄物或残余饲料来灌溉盆栽,推出不需化学肥料的「鱼草共生鱼缸」适合当成摆设或送礼。

TECH Thu, 28 Nov 2019

Facebook, Instagram Dilaporkan Alami Masalah Teknikal

Patutlah tak dapat nak terima apa apa notifikasi atau info terbaru ada masalah rupanya

TECH Mon, 6 May 2019

成人内容回归Tumblr有望? Pornhub透露有意收购

近期Verizon计画出售社群平台Tumblr,Pornhub透过媒体表示有意收购。

TECH Mon, 24 Sep 2018

Kenali Jenis-Jenis Kabel USB Yang Selalu Kita Guna

Ingin mengetahui jenis-jenis kabel?Kami mempunyai maklumat tentang jenis-jenisnya.

TECH Mon, 12 Feb 2018

AWAS! BILA ‘CEDUK’ DARI INSTAGRAM!

Beberapa pengguna sekarang sudah mula menerima  kemaskini pemberitahun aplikasi berkenaan. Sesiapa yang sudah update bermakna setiap screenshot yang dibuat dapat dilihat oleh pengguna asalnya.

TECH Wed, 2 May 2018

Facebook Messenger加入多项功能:包括实时翻译

Facebook宣布将通过智能助手M,在Messenger应用内提供聊天翻译功能。

Automobile Sat, 24 Nov 2018

长途开车保持好EQ!

学校假期了,开长途车也要有「长途」的好心情!开车前提醒自己六件事,开车好EQ,确保家人平安。

error: Content is protected !!