Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 14, 2025 @ 7:39pm

Sarat Peringatan Yang Hebat, Abby Abadi Suka Nasihat Ayah Amira Othman – “Ayah Macam Ni Lah Yang Buat Anak Terdidik Dengan Baik”

Pelakon dan anggota Kumpulan Elite, Abby Abadi meluahkan perasaan teruja apabila mendengar nasihat yang disampaikan oleh ayah Amira Othman iaitu Othman Kadir saat menitipkan ucapan istimewa di hari perkahwinan anaknya itu.

Kata Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, kata-kata yang keluar dari mulut bapa kepada penyanyi itu sarat dengan peringatan yang hebat.

“Saya tak pernah dengar nasihat macam nasihat dari ayah Amira Othman. Dan saya suka sangat-sangat.

“Sarat dengan peringatan yang hebat dari seorang ayah yang hebat,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Abby juga menyifatkan ayah Amira Othman sebagai seorang figura yang penting dalam mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna.

“Memang betullah, ada ayah macam ni lah yang akan membuatkan anak-anak terdidik dengan baik.

“Terbukti figura seorang ayah sangat penting untuk anak-anak membesar menjadi manusia yang bernilai,”luahnya.

Perkara itu dikongsi Abby menerusi hantaran di platfrom Threads miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Abby apabila figura seorang ayah itu sangat penting kepada tumbesaran anak-anak.

Malah, terdapat segelitntir daripada peminat pasangan berkenaan, meluahkan rasa sebak dengan ucapan berkenaan.

Terdahulu, bapa Amira tidak dapat menahan sebak sewaktu menitipkan pesanan buat menantunya, aktor, Fattah Amin.

Pesanan itu diberikan Othman dalam majlis persandingan Amira dan Fattah yang diadakan di Dewan Persada Johor Bahru, Johor, pada Sabtu lalu.

@hotfm976_ Sebak 🥹 Sosok seorang ayah memberi pesanan buat pengantin baru @Amira Othman @Fattah Amin . Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke Syurga. Moga cinta yang bersemi sentiasa dilimpahi rahmat, saling melengkapi dan menambah ketenangan dalam setiap langkah kehidupan bersama 💖 #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #TerbaikSentiasaHangat #RadioNo1 #KJjadiDJ ♬ original sound – Hot FM

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Tambah Anak Lagi? Nanti Dulu…

Dalam masa sama, penyampai radio Hot FM ini bersyukur dianugerahkan bayi perempuan yang melengkapkan keluarga kecilnya.

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Featured Thu, 30 Mar 2023
Featured Sat, 12 Jul 2025

Shila Amzah Syukur Konsert Berjalan Lancar… Siap Ucap Terima Kasih Pada Awie, Jaclyn & Ella

Shila sekaan memberi hint pada ruangan kapsyen siapakah gerangan penyanyi legenda yang dimaksudkan.

Trending Wed, 3 Aug 2022

“Tudung Dah Hilang?” – Kongsi Foto ‘Free Hair’, Isteri Caprice Minta Netizen Bertenang

Netizen keliru dengan imej Farra Innalis sama ada sudah berhijab atau belum.

error: Content is protected !!