Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 1, 2019 @ 10:25pm

Sasha Saidin Bakal Berkahwin Tahun 2020?

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Sasha Saidin bakal menamatkan zaman solonya awal tahun depan selepas hampir lapan tahun bergelar ibu tunggal. 

Lelaki yang dikenali sebagai Mr W ni berjaya membuka hati Sasha untuk berkahwin buat kali ketiga. 

“Kami merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan serba sederhana dan ringkas. Malah, kedua-duanya bersetuju untuk mengutamakan apa yang wajib sahaja. 

“Lagipun, masing-masing pernah melalui fasa perkahwinan, sebelum ini.  Dia seorang duda dan mempunyai dua cahaya mata,” kata Sasha.

Memetik laporan BH ONline, Sasha mengenali Mr W yang bekerja dalam sektor kewangan itu sejak di bangku sekolah lagi.

“Cuma, ketika di sekolah menengah dan sewaktu meniti alam remaja, masing-masing lebih banyak memendam rasa.

“Hanya pada tahun ini hubungan berkenaan menjadi lebih akrab,” kata ibu kepada Adam Aryasenna Notosoemarsono ini. 

“Sasha mengakui tertarik hati dengan keperibadian dan sikap dimiliki Mr W.

“Bukan mudah untuk saya kembali membuka hati menerima cinta baharu, seterusnya menuju ke alam rumah tangga. Namun, Mr W mengubah segala-galanya.

“Kami mempunyai personaliti yang hampir sama kerana usia juga sebaya. Lebih utama, dia menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap kami dua beranak,” katanya lagi.

Terdahulu kakak kepada Zain Saidini ini pernah berkahwin dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 June 2003 di London, namun berpisah empat tahun kemudian.

Kemudian, Sasha mendirikan rumahtangga dengan seorang warganegara Indonesia, Salyo Priyanto Nutosoemarsono dan dikurniakan seorang cahaya mata sebelum bercerai pada 10 Julai 2012.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Dec 2022
Events Fri, 4 Jan 2019

Harga Minyak Turun Malam Ini

Apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroleum juga akan diturunkan bagi membolehkan pengguna menikmati manfaat penurunan harga minyak dengan segera.

Trending Hari Ini Sun, 7 Jun 2020
Featured Wed, 13 Jul 2022

“Isteri Boleh Cari Tapi Mak…”- Fikry Ibrahim Sebak Kongsi Perihal Ibu, Percaya Duit Tak Boleh Beli Kebahagiaan

Allahu! Min pun sebak… Moga ibu Fikry diberikan kesembuhan segera insyaAllah♥

LIFESTYLE Tue, 15 Jan 2019

6 Kebaikan Jika Makan Rambutan Untuk Kesihatan

Rambutan Mempunyai Khasiat Penting Untuk Kecantikkan Luaran Dan Dalaman Anda

Featured Mon, 7 Nov 2022
Featured Fri, 11 Nov 2022
error: Content is protected !!