Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 9, 2023 @ 5:41pm

“Saya Ada Matlamat” – Akui Masih Belum Cukup Berjasa, Madammu Dedah 2 Kali Tolak Gelaran ‘Datuk’

Usahawan popular, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu mendedahkan bahawa dirinya telah menolak tawaran untuk diberi gelaran ‘Datuk’.

Menerusi rakaman sesi siaran langsung yang dikongsi oleh @nikzulaikha_noir, Madammu dilihat menjawab pertanyaan peminatnya yang bertanyakan mengapa tidak mahu gelaran ‘Datin’.

“Sebenarnya, Madammu macam ini… kita dah dua kali tolak tapi kitorang ini ada tujuan, ada matlamat, ada visi.

“Andai kata kitorang ini ambil Datuk (pangkat), cukup banyak ke sumbangan yang kita buat dekat Malaysia ini?

“So, saya ada misi, memang saya lahirkan usahawan wanita di mana membantu menjana ekonomi negara tapi baru je dalam 50,000,” katanya.

Malah, Madammu mempunyai target tersendiri sebelum menerima apa-apa pangkat.

“Saya target saya dapat capai 200,000 usahawan ataupun 150,000 usahawan baru saya akan fikir untuk ambil pangkat itu,” jelasnya ringkas.

Sekadar info, pengasas produk kesihatan dan kecantikan Noir ini telah menjadi penaja utama bagi acara berprestij Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Mar 2020
Featured Tue, 25 Nov 2025

Tular Video Belakang Tabir Edry KRU Pengsan, Netizen Titip Kata Semangat – “Moga Allah Jaga & Beri Kesembuhan”

Edry dilaporkan telah pengsan dan mengalami kekejangan otot lebih 45 minit.

Trending Sat, 16 Jun 2018

Isu PATI Di Amerika Syarikat, Trump Naik Angin!

Selepas Trump pada awalnya berkata beliau tidak berminat dengan rang perjanjian Republican yang memasukkan penetapan isu pemisahan selain perlindungan Tindakan Penangguhan untuk Ketibaan Kanak-kanak (DACA) bagi pendatang muda yang tiba secara haram ketika kanak-kanak, Rumah Putih sebaliknya tidak menyokong kenyataan itu.

Hiburan Fri, 3 Oct 2025

Penuh Emosi, Adira Suhaimi Menangis Ketika Mendendangkan Atouna El Toufoule

Adira Suhaimi menangis nyanyi Atouna El Tofoule

Trending Mon, 17 Sep 2018

Akhirnya… Anuar Zain Dah Ada Instagram!

Akaun yang kurang seminggu dibuka itu kini sudah mempunyai lebih 10,900 pengikut.

Featured Wed, 8 Jun 2022
Hiburan Fri, 6 Oct 2023
error: Content is protected !!