Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari September 29, 2023 @ 7:43pm

“Saya Betul-Betul Kena Istiqamah” – Diuji Ketika Mula Berhijab, Anne Abdullah Syukur Kini Lebih Tenang

Pelakon Anne Abdullah mula mengenakan hijab penuh sejak pulang daripada Umrah pada hujung tahun lalu.

Susulan itu, memetik laporan Harian Metro, Anne berkongsi bahawa dia berdepan dengan ujian sejak memakai tudung di mana dia tidak menerima mana-mana tawaran berlakon dalam tempoh masa enam bulan.

Namun begitu, dia menerima ujian tersebut dengan hati terbuka dan reda.

“Saya bertudung sejak balik dari umrah pada Disember tahun lalu, Alhamdulillah. Memang saya bertudung terus sejak dari itu. Tambahan pula, waktu itu juga selepas ulang tahun kelahiran ke-50 saya.

“Sebenarnya, saya dah menyimpan niat dari tahun lalu. Cuma, ada beberapa penggambaran yang belum selesai, yang masih belum bertudung, jadi saya terpaksa habiskan semua kontrak itu.

“Saya berdoa kepada Allah, semoga tak ada tawaran apa-apa (yang tidak bertudung). Memang Allah tak berikan apa-apa tawaran penggambaran, dah enam bulan,” kongsinya.

Dalam pada itu, dia juga berdepan dengan ujian di mana terdapat beberapa tawaran berlakon yang memerlukannya untuk tidak berhijab namun dia terpaksa menolaknya.

“Selepas balik dari umrah memang tak ada tawaran. Tapi, memang ramai rakan-rakan yang beritahu saya, selalunya selepas kita bertudung, akan adalah ujian-ujian yang Allah bagi kepada kita, sebab nak tengok sama ada kita sabar dan istiqomah atau tidak.

“Ujian memang banyak antaranya, bila orang tawarkan kerja lakonan, mereka nak saya lakonkan watak yang tak bertudung. Saya minta maaf kepada mereka sebab saya terpaksa lepaskan tawaran itu.

“Saya kena betul-betul istiqomah. Kawan-kawan keliling kita pun, biasalah, ada juga yang cadangkan (tak bertudung). Tapi, semuanya atas diri kita sendiri, buat kerana Allah. Itu perjanjian kita dengan Allah. Saya pun tak mahu cakap lebih-lebih sebab hati kita boleh berbolak balik. Jadi, kita jangan cakap lebih-lebih,” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, Anne mengakui keputusannya itu untuk berhijab menjadikan jiwanya berasa lebih tenang.

“Perubahan yang saya rasakan, rasa lebih tenang. Jiwa rasa sangat tenang dan tak terlalu serabut macam sebelum ini. Kalau tak ada tawaran kerja lakonan pun, kita serabut dulu. Sekarang, lebih relaks,” ujarnya kepada wartawan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Saiful Apek Maklum Yassin Belum Dapat Kembali Ke Tanah Air, Ada Beberapa Dokumentasi Perlu Diselesaikan

Saiful Apek dedah Yassin perlu selesaikan beberapa proses pemindahan dari Arab Saudi ke Tanah Air

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

These 15 Dogs are the Luckiest Animals on Earth because They Belong to Celebrities

These dogs get treated with so much care. They get to be hugged, kissed and loved by these celebrities too!

Hiburan Tue, 12 Mar 2019
Trending Sun, 1 Apr 2018

忘记自己也是明星? 「浩克」追星纪录笑翻粉丝

饰演漫威超级英雄「浩克」的马克鲁法洛(Mark Ruffalo),在私底下其实也是个崇拜巨星的小粉丝!近日有网友整理出了他的「追星事迹」,引起许多网友的热烈讨论。

Trending Tue, 16 Jan 2018

SAUDI ARABIA FINALLY LIFTS BAN ON MOVIE THEATRES!

The very first movie they screened was The Emoji Movie. LOL.

Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Trending Thu, 2 Jun 2022

Idam Hidung Persis Artis K-Pop Bertukar Mimpi Ngeri… Akhirnya Berubah Jadi Senget & Bengkok!

Padah nak buat hidung artis K-Pop akhirnya menjejaskan hidung asal.

error: Content is protected !!