Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 2, 2019 @ 11:04am

’Saya Nak Tanya Tapi Segan’- Zaaim Teringin Duet Dengan Mentor

Juara Mentor 7 Zaaim memasang impian untuk berduet dengan bekas mentornya, Siti Nordiana sempena tahun 2019 ini.

Zaaim atau nama sebenarnya Zaaim Abdullah memberitahu selain berterima kasih dengan tunjuk ajar mentornya itu, dia juga mahu menghasilkan sebuah single bersama yang boleh diingat sampai bila-bila.

“ Saya ada impian untuk berduet dengan Kak Nana tapi saya segan nak cakap. Kalau dia sudi, saya memang gembira,” katanya kepada XTRA.

Zaaim yang kini bernaung di bawah label Monkey Bone berharap kehadirannya dalam industri seni diterima baik oleh masyarakat.

“Saya harap dapat lagu rock balada selepas ini tapi terpulang kepada pihak TV3 dan mereka mungkin ada strategi mereka sendiri. Sebagai artis baharu, saya akan bekerja lebih keras dalam mengukuhkan nama dalam industri nyanyian,” katanya.

Diusik tentang rancangan menamatkan zaman bujang dengan duit kemenangan, jejaka berusia 28 tahun ini   memberitahu dia menyerahkan segalanya kepada takdir.

“ Saya hanya merancang, kalau ada jodoh…adalah. Insya Allah,” katanya tersenyum.

Ahad lalu, Zaaim diumumkan sebagai juara sekaligus menewaskan tiga pesaingnya, Pasya yang juga protoge Aizat, Amirul (Hafiz) dan Ranisha (Datuk Syafinaz).

Zaaim membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM80,000 dan sebuah kereta Haval tajaan Aerocar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 May 2024
Hiburan Mon, 17 Nov 2025
Hiburan Thu, 30 Oct 2025
Hiburan Fri, 3 May 2019

Cubaan Keluar Zon Selesa, Fariz Jabba Pertaruh ‘MASA’

Fariz Jabba membuktikan dia lebih daripada sekadar penyanyi rap menerusi single terbarunya berentak R&B, Masa, di mana pemuzik serba boleh itu menunjukkan nyanyian sensasinya dan rentak tari yang cukup progresif. Lagu terbitan Flightsch itu adalah […]

Featured Wed, 10 Jul 2024
Featured Fri, 24 Jan 2025

Shuib & Watie Sedia Tambah Anak – “Ini Masa Yang Sesuai, Ayyash Pun Dah Besar”

“Bila saya cakap perkara tu, Watie adalah manusia paling happy haritu” – Shuib

error: Content is protected !!