Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida September 6, 2018 @ 6:30pm

‘ Saya Pilih Jadi Isteri Ketiga Sebab…’ Wanita Ini Kongsi Pendapat Pilih Hidup Poligami

Isu poligami adalah isu paling sensitif untuk dibincangkan di kalangan wanita. Iyalah, bukan semua boleh terima untuk bermadu kan?

Beristeri ramai mungkin menjadi idaman sesetengah lelaki tetapi ia mungkin mencetuskan ‘perang’ dunia ketiga bang! 

Menerusi perkongsian seorang wanita bernama Haryani Ithnen, dia menjelaskan mengapa memilih jalan untuk bergelar isteri ketiga. 

Tulisnya di laman Facebook, salah satunya adalah kerana inginkan ‘privasi’.

“ Saya nak masa saya bersendiri, saya suka golek-golek kat katil sampai tengahari, lapar saya ke dapur, dah kenyang saya tonton filem. 

“ Itu adalah terapi paling best dalam yang tak boleh dibayar walau semahal mana sekalipun. Seterusnya, bila berjauhan dengan suami, rasa teruja nak jumpa dia. Rindu,” ujarnya.

Tambah wanita ini, dia melihat ada di antara rakan-rakannya yang telah berkahwin namun duduk berasingan (PJJ).

“ Untuk wanita lewat usia.. samada janda atau perawan, cabaran terbesar dia adalah bagaimana mana nak cari lelaki bujang yg lebih tua dari dia dan baik.

“ Selalunya lelaki yang baik-baik ni, kat universiti dah nikah dah. Tak pun sebelum umur 30 mereka dah tamatkan zaman bujang mereka. Jadi, suami orang adalah pilihan paling tepat,” katanya.

Dalam masa sama, Haryani berpendapat dia lebih gemar menjadi isteri separuh masa.

“ Saya tak suka jadi isteri sepenuh masa. Hehehe… penat nak kena sediakan semua keperluan suami 24 jam. Saya suka jadi isteri separuh masa.

“ Dan yang terakhir, saya akan ada banyak masa dengan keluarga saya. Oleh itu, Saya pilih poligami,” katanya.

Dia juga berpesan, bagi wanita di luar sana yang belum berjumpa manisnya berpoligami, itu tanda masih kurang ilmu dan menyarankan mereka di luar sana untuk terus belajar. 

Hurm, tepuk dada tanya selera. Sediakah anda? 

Sumber: Facebook Haryani Ithnen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Sep 2018

Mayat Accapan Dibakar Di Krematorium Simpang Lima

Pelawak ini dilaporkan sudah lama sakit namun tidak menghebohkan tentang kondisi kesihatannya. Rest In Peace Sir…

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Sufian Suhaimi Dirisik Orang Seberang?

Saya amat tertunggu-tunggu untuk masuk ke pasaran Indonesia. Sekiranya perbincangan bersama pihak syarikat rakaman di sana lancar, ini mungkin peluang terbaik untuk saya memasuki pasaran sana.

Hiburan Tue, 9 Jul 2019

‘Kahwin Muda Lepastu Cerai, Buat Apa Kan?’- Hans Issac

Takpe, kalau ada jodoh tak ke mana…tak gitu Hans?

Featured Sat, 24 Sep 2022

Jelita Gayakan Busana Serba Putih, Penampilan Anak Azhar Sulaiman Dikritik Lagi – “Minah Saleh Pun Tak Berani Nak Pakai…”

Biarlah dia… dengar kata London pun macam kat Malaysia sekarang ni. Cuaca okay-okay je.

Featured Fri, 29 Nov 2024

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Terakhir Urus Jenazah Ayah Hingga Ke Liang Lahad – “Bimbing Saya Dari Atas Sana”

Sharnaaz kelihatan menguruskan jenazah bapanya dari awal proses sehinggalah ke liang lahad.

Featured Sun, 10 Sep 2023

[VIDEO] Selepas Setahun Bertunang, Imran Aqil & Influencer Jelita, Dahlia Rizal Sah Berkahwin

Sama cantik, sama padan diorang ni. Tahniah Imran Aqil & Dahlia Rizal! ❤️‍🔥

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Elly Mazlein Menangis, Bakal Suami Hadiahkan…

Tak lama lagi dah Kak Lina Pom Pom!

error: Content is protected !!