Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 10, 2025 @ 10:45am

“Saya Tak Boleh Berdepan Orang Ramai Bila Anak & Isteri Dalam Ingatan” – Zainal Rashid Ahmad Perjelas Pulang Secara Rahsia

Bekas wartawan dan aktivis kemanusiaan, Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad (ZRA) tampil menjelaskan keputusan untuk pulang secara senyap sebaik tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Rabu lalu, selepas tamat misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Menerusi temu bual eksklusif bersama Melodi TV3, Zainal berkata keputusannya untuk tidak muncul di khalayak ramai bukan kerana mahu berahsia, sebaliknya disebabkan keletihan dan kerinduan terhadap keluarga selepas lebih sebulan berada di laut.

“Saya letih, sebab dah 37 hari berlayar dan saya rindukan isteri sebab saya tak pernah travel masa yang panjang seperti ini.

“Yang kedua, anak perempuan saya ditinggalkan di Greece kerana dia mengalami dehidrasi, jadi saya tak boleh berdepan dengan orang awam apabila isteri dan anak dalam ingatan,” katanya.

Menurut Zainal, keputusan untuk meninggalkan perkarangan KLIA melalui pintu belakang dibuat selepas memohon bantuan beberapa rakan bagi mengelak tumpuan ramai.

“Sebab itu saya minta tolong beberapa kawan untuk keluar dari KLIA melalui pintu belakang,” ujarnya.

Tambahnya, di usia 58 tahun, Zainal berasakan ruang serta penghargaan sewajarnya perlu diberikan kepada aktivis muda yang turut sama menjayakan misi kemanusiaan tersebut.

“Saya juga memikirkan di usia saya 58 tahun, sebaiknya beri ruang itu kepada aktivis-aktivis muda kerana mereka patut menikmatinya agar lebih bersemangat untuk mengikuti lagi misi seperti ini,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

Sebelum ini, Zainal menjadi sebutan ramai apabila memilih untuk ‘menyelinap’ meninggalkan perkarangan KLIA Terminal 1 secara rahsia kerana enggan disanjung dan dipuji.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh rakannya, Syaril A. Kadir menerusi perkongsian di Facebook miliknya, bagi menjawab pertanyaan ramai yang menanti kelibat Zainal bersama 22 aktivis GSF lain sebaik tiba di KLIA Terminal 1.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Trending Sat, 24 Jul 2021

Tutup Sampai Bahagian Buku Lali, Seragam Skuad Gimnas Jerman Curi Tumpuan

Wow, mungkin negara kita boleh buat macam ni juga…

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Tidak Terikut Gaya Penyanyi Asal, De Fam Tampil Gaya Tersendiri

Persembahan De Fam menggantikan Altimet menerusi lagu Bunga wajar dipuji. Tidak nampak langsung cuba meniru gaya penyanyi asal, Altimet. Lebih-lebih lagi part tarian Azira, Cik Manggis dan Sophea yang berjaya membuatkan Bunga lebih ‘berwarna’. Penggunaan […]

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

#mentor7: Pasya Takut Bawa Lagu Dangdut?

Diiringi bersama penyanyi yang memainkan keyboard, Sissy Iman untuk lagu Versace On The Floor, Pasya meluahkan rasa syukur apabila persembahannya mendapat standing ovation daripada juri tetap, Mas Idayu.

Trending Tue, 5 Mar 2019

Skincare Tip! Top Bestseller Mask Untuk Kulit Berjerawat

Menerusi laman sosial dan blog review, produk mask ini telah berjaya menjadi top bestseller dan sangat popular dalam kalangan kaum wanita!

Hiburan Fri, 8 Sep 2023
Featured Sat, 28 Feb 2026

Adira Suhaimi Pertaruh Luka Hati Dalam ‘Sayang Orang Sama’

Penyanyi, Adira Suhaimi kini tampil dengan single terbaharu berjudul, ‘Sayang Orang Sama’ yang menyentuh sisi emosi tentang cinta, penerimaan dan keberanian untuk merelakan.

error: Content is protected !!