Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 5, 2026 @ 2:51pm

“Saya Terharu Tanpa Sedar Bahagiakan Orang” – Layanan Ikhlas Cik B Buat Ibu & Peminat Cilik Sebak

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian apabila tular sebuah video memaparkan keperibadiannya yang mesra dan penuh empati ketika melayan peminat cilik.

Menerusi perkongsian di platform media sosial miliknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, berkongsi pengalaman menyentuh perasaan apabila seorang kanak-kanak hadir ke setiap acara yang disertainya.

“Adik ni setiap hari datang event saya, event seterusnya pun dia datang lagi. Lepas tu saya nampak mak dia sebak dan saya pun tanya ibunya sama ada dia okey atau tidak.

“Mak dia cakap, anak dia memang nak datang hari-hari jumpa Cik B. Katanya dia terharu sebab Cik B layan anak dia dengan baik walaupun bagi saya itu perkara biasa, tapi rupanya sangat bermakna untuk orang lain.

“Saya sendiri terharu bila sedar saya dapat bahagiakan seseorang tanpa saya sedar,” katanya.

@cikb_havoc

Cikb terharu terima kasih orang perak support #perak #cikb #cikbvaganzafoodfest #fyp

♬ original sound – cikb_havoc66 – cikb_havoc66

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen khususnya dalam kalangan golongan ibu mengakui turut tersentuh melihat keikhlasan dan kelembutan sikap Cik B terhadap peminat ciliknya itu.

Malah, tidak kurang juga yang memuji cara didikan DSV dalam membentuk keperibadian anaknya, dengan menyifatkan Cik B sebagai seorang figura muda yang merendah diri, penyayang dan tidak kekok melayan orang sekeliling.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 31 May 2021

Toh Puan Julie Faridah, Pelakon Keluarga 69 Meninggal Dunia

Permata seni hiburan tanah air Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir yang terkenal dengan watak ‘Faridah’ menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967 meninggal dunia pada Ahad. […]

Hiburan Fri, 15 Aug 2025
Featured Wed, 14 Dec 2022

Peruntukan RM29,000 Beli Van Jenazah, Penampilan Sopan Hannah Yeoh Dipuji Ramai

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjadi topik hangat dalam kalangan netizen setelah menyumbang van jenazah berjumlah RM 29,000 di Masjid Al-Imam Al-Ghazali. @bernamatvofficial Hannah Yeoh Dipuji Kerana Peruntukan Dibuat Untuk Van Jenazah #bernamatv #beritaditiktok #malaysiatiktok […]

Hiburan Sat, 25 Jan 2020
Hiburan Fri, 10 May 2019
Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Terima Berita Adik Putus Cinta, Asyraf Khalid Luah Rasa Sedih

Tyra memiliki masa depan cerah, mana-mana lelaki yang memiliki awak sangat bertuah.

Trending Wed, 11 Apr 2018

6张让女生原形毕露的「女校VS合校」爆笑对比!

念女校和男女合校的差异在哪?很多人可能有这样的疑问,而其实透过这6张图…..马上就能看出到底差在哪!

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
error: Content is protected !!