Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 9, 2026 @ 5:50pm

“Saya Tetap Di Sisi Dia” – Chacha Maembong Enggan Ulas Kisah Cinta Emma, Minta Henti Spekulasi

Pelakon Chacha Maembong memilih untuk tidak mencampuri urusan peribadi kakaknya, Emma Maembong susulan dakwaan hubungan aktres itu dengan DJ Kidd sudah berakhir.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 30, berkata dia tidak berada dalam posisi untuk memberi penjelasan lanjut kerana tidak mengetahui situasi sebenar yang dilalui kakaknya.

“Saya tidak berani bercakap bagi pihak kakak saya kerana bukan saya yang melalui kehidupan hariannya. Jadi, saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Apa pun keputusan yang dibuat, sama ada mereka sudah berpisah atau sebaliknya, saya tetap akan sentiasa berada di sisinya,” katanya.

Menurut Chacha, sebagai adik, dia akan terus memberi sokongan tanpa syarat kepada Emma dalam apa jua keadaan.

“Dia tetap kakak saya dan saya akan menyokongnya sampai bila-bila. Saya cuma berharap orang luar dapat mendoakan yang terbaik buatnya kerana dia sudah melalui banyak perkara.

“Saya rasa sekarang adalah masa untuk dia tenangkan diri dan melalui proses penyembuhan dengan lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Chacha turut berharap orang ramai tidak terus membuat spekulasi yang boleh memberi tekanan kepada Emma.

“Kalau boleh, saya tidak mahu orang luar terus beri tekanan dengan gosip seperti ini. Kedua-dua pihak sudah memilih untuk melihat ke hadapan.

“Kakak saya juga sedang melalui kehidupan yang lebih bahagia sekarang. Jadi, biarlah keadaan itu kekal,” katanya.

Chacha berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka iQIYI di Andaman Grand Ballroom pada Selasa.

Berkongsi perkembangan terkini, Chacha berkata Emma kini berada dalam keadaan baik dan sibuk dengan komitmen kerja.

“Keadaan Emma baik sahaja, dia sedang sibuk dengan penggambaran. Kami pun jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk.

“Tapi setiap kali jumpa, dia nampak okay. Dia seorang wanita yang sangat kuat, malah antara yang paling kuat saya pernah kenal.

“Dia juga bukan jenis yang tunjuk kesedihan di depan orang. Apa yang saya nampak, dia benar-benar bahagia sekarang,” katanya.

Terdahulu, Emma meluahkan rasa kecewa apabila DJ Kidd mendedahkan secara terbuka mengenai perpisahan mereka.

Sebelum itu, DJ Kidd turut memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Empat Protege Mara Ke Final Mentor Milenia 2019, Tahniah!

Tahniah buat semua protege yang berjaya ke pentas final Mentor Milenia 2019!

Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Tue, 19 Dec 2017

INI SEBAB KENAPA SAHARUL RIDZWAN TERHARU

Pelakon Zahir Tak Terucap ini menyatakan rasa syukurnya kerana, doa yang dimintanya selama ini telahpun dimakbulkan.

Hiburan Wed, 3 Sep 2025

Eyka Farhana Menggigil, Bas Pandu Laju Depan Mata – “Saya Sampai Anxiety!”

Eyka Farhana anxiety, menggigil bas bawa pandu laju

Events Mon, 15 Jan 2018

BINTANG BERSAMA BINTANG GEGAR PENTAS LAWAK 2018

Kepada yang belum menonton program realiti terbaru terbitan TV3, Bintang Bersama Bintang 2018 ini, pastikan anda meluangkan hari Ahad anda dengan lawak-lawak yang semestinya tidak kering gusi pada setiap Ahad, jam 10 malam atau boleh tonton secara langsung dengan tayangan HD menerusi tonton.com.my.

Dan, jangan lupa untuk mengundi peserta lawak kegemaran anda di portal kami xtra.com.my/bbb2018!

Featured Thu, 16 Apr 2026

Alami Lebam & Bengkak Dibahagian Kaki, Siti Nurhaliza Dilapor Terlibat Kemalangan Jalan Raya Di Lebuhraya MEX

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan telah mengalami kemalangan  jalan raya di lebuhraya Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada Khamis.

Featured Sat, 16 Apr 2022
error: Content is protected !!