Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 30, 2022 @ 7:13pm

“Sebagai Pelajar Harus Bertanggungjawab, Ni Sikit-Sikit Letak Kat Sosial Media”- Ramai Tak Setuju Pendapat Nurul Hidayah Zahid Isu Pensyarah Hina Pelajar B40

Panas dengan isu kontroversi mengaitkan seorang pensyarah yang dikatakan merendah-rendahkan pelajar dari golongan B40 kerana tidak memiliki laptop, kini anak kepada Presiden UMNO, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid pula tampil mengulas mengenai isu tersebut.

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram miliknya, beliau berpendapat bahawa tindakan pensyarah itu sememangnya wajar memandangkan pelajar berkenaan tidak mempunyai laptop walaupun sudah berada di semester 5 pengajian.

Bahkan, walaupun kurang berkemampuan, pelajar tersebut haruslah bertanggungjawab dan meletakkan perkara tersebut sebagai keutamannya.

“Pendapat saya, Prof tu marah sebab dah semester 5 tak ada laptop. Ye lah orang susah tapi sebagai pelajar seharusnya bertanggungjawab dan meletakkan perkara utama sebagai priority.

“Saya ni ada juga pensyarah yang saya tak suka tapi, tak ada la sampai nak aibkan pensyarah. Dah dia pensyarah, dia marah lah student yang dia rasakan tak ambik serius dan ambil mudah dalam hal pelajaran,” katanya.

 

Tambahnya lagi, platform media sosial menyebabkan orang ramai lebih terbuka berkongsi mengenai isu-isu yang sepatutnya disimpan sendiri termasuklah hal berkaitan rumah tangga.

“Zaman sekarang marah bini masuk SOCMED. Bini marah laki masuk SOCMED. Gaduh laki bini, sakit hati semua nak letak kat SOCMED. Kena marah dengan pensyarah pun masuk SOCMED.

“Budak zaman nijam. Divert la rasa sedih dan kecewa tu kepada satu tenaga untuk membakar semangat. Kalau betul nak ilmu tak akan share atau aibkan pensyarah macam tu,” jelasnya.

Sementara itu, Nurul menyifatkan tidak timbul isu menghina golongan B40 kerana, pensyarah tersebut bertindak sedemikian rupa akibat kecewa dengan tindakan pelajar terbabit.

“Ramai je orang B40 yang berjaya. Ramai je orang yang mak bapak dia meninggal masa kecil, masa belajar dan berjaya.

“Dan ramai juga yang buat part time kerja untuk beli laptop. Ramai je yang boleh bantu belikan laptop- NGO, wakil-wakil kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan wakil rakyat.

“Hendak seribu daya. Itu maksud pensyarah tu sebenarnya. Yang penting utamakan yang utama dan kesungguhan kita untuk mencapai apa yang kita mahukan,” katanya.

Bagaimanapun, rata-rata pengikut beliau tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan malah, masing-masing mempunyai pandangan berbeza mengenai isu berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 17 May 2018

Chicken Wings Bersalut Emas Ini Berharga RM3926. Wow! Mahalnya

Wow! Kepak ayam bersalut emas ini harganya boleh habis duit gaji sebulan!

Hiburan Sun, 17 Dec 2023
Featured Thu, 26 Jun 2025

Amira Othman Dipuji ‘Humble’, Netizen Komen: “Bagus Kak Ya, Rumah Besar Gila, Parking Pun Macam Padang Bola”

Amira berkongsi kepada peminat bahawa kediaman miliknya itu memiliki ruang yang besar sehinggakan membuatnya berasa sunyi.

Trending Tue, 16 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Kisah Pemandu Grab Kurang Upaya Jadi Inspirasi

Ingat, jangan sesekali memandang rendah diatas kesusahan orang lain kerana, kita tidak tahu apakah ujian yang bakal kita hadapi kelak

Featured Sun, 19 Apr 2020

Atiqah ajak masyarakat teroka misteri gua di Malaysia

Gua sumber biodiversiti penting untuk hidupan

Featured Wed, 1 Feb 2023
error: Content is protected !!