Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin September 17, 2018 @ 10:00am

Sebelum Beri Antibiotik Pada Anak, Anda Perlu Tahu Elemen Penting Ini!

Penulis percaya, anak kecil anda pasti pernah mengalami demam, batuk, sakit tekak, hidung berair dan sakit otot. Sebenarnya, ia berpunca daripada jangkitan pernafasan disebabkan oleh virus yang boleh menjangkiti hidung, tekak ataupun paru-paru.

Saat itu, anda adalah orang yang paling cemas mengenangkan anak yang tak henti batuk diikuti suhu badan yang tinggi tidak mengira waktu. Apa yang anda lakukan adalah membawanya berjumpa doktor untuk rawatan.

Ada juga dalam kalangan anda yang mungkin berjumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik, kerana anda fikir antibiotik akan membuatkan anak anda cepat sembuh.

Realitinya, antibiotik bukanlah penyelesaian bagi semua masalah kesihatan anak anda! Kalau anda nak tahu, antibiotik tidak membantu bagi kebanyakan jangkitan pernafasan dan ia juga boleh menyebabkan kemudaratan! Jangan terkejut pula ya, sebab itulah anda perlu banyak membaca dan mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor!

Foto: Nakita ID

Untuk pengetahuan anda, antibiotik membunuh bakteria, bukannya virus! Antibiotik bertindak untuk melawan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria seperti sakit tekak, batuk kokol dan jangkitan saluran kencing. 

Foto: Microbiologyinfo.com

Manakala, anak yang dijangkiti virus akan menyebabkan selsema, hampir semua jangkitan sinus, kebanyakan sakit tekak, terutamanya batuk, hidung berair, suara serak ataupun sakit mulut. Semua penyakit ini tidak mampu dibunuh oleh antibiotik!

Foto: Science News

Selain itu, anda juga perlu tahu akan kesan sampingan pengambilan antibiotik pada anak anda mahupun diri anda sendiri seperti:

  • Ruam
  • Pening
  • Loya dan muntah
  • Cirit-birit
  • Jangkitan kulat

Walau bagaimanapun, anda perlu berunding dengan doktor terlebih dahulu sekiranya anda fikir anak anda memerlukan antibiotik. Doktor akan menilai sama ada anak anda memerlukan antibiotik ataupun tidak.

Ingat ya, jangan bertindak terburu-buru memberi ubat pada anak anda! Sayangilah anak anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 6 Mar 2019
familuv Thu, 7 Mar 2019

Inilah usia terbaik untuk mendapatkan zuriat bagi wanita

Sebelum hamil, pastikan anda bersedia untuk memikul tanggungjawab.

familuv Wed, 21 Aug 2019

Bolehkah betik menyebabkan keguguran? Ini jawapannya

Bukan semua boleh boleh dimakan ketika hamil.

familuv Thu, 24 May 2018
familuv Fri, 10 Apr 2020

Manipulasi warna makanan untuk anak yang tidak gemar makan

Helah berbeza tarik kehendak anak makan

familuv Thu, 20 Sep 2018

Victoria Beckham Kongsi Rahsianya Tentang Membesarkan Anak-Anak Yang Sopan

Keluarga Beckham selalu nampak bahagia. Apakah rahsia mereka?

familuv Mon, 3 Sep 2018

Kaki Budak Ini Patah Apabila Dia Menaiki Papan Gelongsor Dengan Ibunya, Tengok Video Ini

Tak sangka alat yang nampaknya innocent sebenarnya boleh membahayakan diri.

familuv Mon, 21 May 2018
familuv Mon, 8 Oct 2018
familuv Wed, 13 Mar 2019

Hamil pada usia 30 tahun ke atas. Bahaya atau tidak?

Usia lanjut risaukan wanita yang ingin hamil.

error: Content is protected !!