Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir October 2, 2023 @ 3:20pm

“Sebelum Kahwin, Dhabitah Sudah Ajak Bincang Isu Pakaian Renang..” – Jiggy

Pelakon dan pelawak, Jiggy Masin memberitahu ada membincangkan tentang pemakaian isterinya yang juga atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang perlu mengenakan pakaian renang semasa beraksi dan dipertontonkan umum sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan Harian Metro, isterinya ada memaklumkan sekiranya ada pihak keluarkan satu format pakaian renang yang menutup aurat, Dhabitah akan memberi sokongan dan memakainya.

“Sebelum kahwin dia sudah ajak saya berbincang banyak perkara termasuk isu pemakaiannya dalam sukan terjun.

“Sebelum kami ambil keputusan berkahwin, dia minta izin terlebih dulu untuk terus aktif sehingga Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Namun, jika dia tidak diperlukan, dia akan berhenti awal. Tapi memandangkan pelapis baru pun masih dalam proses pencarian lagi, jadi dia masih berkhidmat,” katanya.

Menurut Jiggy, dia enggan melayan segala komen negatif terhadap pemakaian isterinya yang sedang beraksi di Sukan Asia Hangzhou, China.

Pada masa sama, dia juga sentiasa menyokong dan memahami etika pemakaian isterinya yang perlu berpakaian baju renang sewaktu latihan atau perlawanan.

“Itu saja pakaian rasmi sukan untuk acara terjun. Kalau orang lain nak bercakap, saya tak boleh buat apa kerana mereka akan tetap mencari salah.

“Selagi dia masih diperlukan untuk berkhidmat demi negara, saya akan sentiasa menyokong dan faham situasinya,” jelasnya.

Susulan kejayaan Dhabitah dan Datuk Pandelela Rinong meraih gangsa dalam acara 10 meter platform seirama di Sukan Asia, Jiggy awalnya tidak membenarkan isterinya menyertai acara itu.

“Pada awalnya saya tak benarkan Dhabitah sertai Sukan Asia kerana dia masih menjalani rawatan selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan pada Julai lalu.

“Kalau ikutkan keadaan kesihatannya masih belum mengizinkan dia untuk beraksi tapi demi semangat untuk negara dia yakinkan dirinya mampu buat yang terbaik.

“Alhamdulillah tak sangka kejayaan berpihak kepadanya. Orang boleh cakap kenapa hanya menang gangsa tapi untuk dia berada di situ pun adalah satu pencapaian besar,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Oct 2023

Individu Dakwa Penulis Lirik Lagu Malam Pagi Tiada Iman, Kotor & Jijik

Alamak! Tapi dah jadi siulan ramai..budak sekarang pun pandai nyanyi ok!

Hiburan Sat, 14 Jun 2025
Trending Thu, 25 Feb 2021
Filem Thu, 16 Apr 2026

‘Susuk’ Antara Mitos Lama & Obsesi Moden, Rahsia Di Sebalik Seri

Susuk sering muncul sebagai simbol mistik yang dikaitkan dengan kecantikan dan pengaruh.

Trending Tue, 16 Mar 2021
Hiburan Thu, 5 Mar 2026
Featured Sat, 17 Jul 2021

“You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

Semalam, artis Caprice telah tampil menceritakan kepada orang ramai mengenai isu sebenar yang berlaku antara dirinya dan Ustaz Ebit Lew di Gaza. Baca artikel berkaitan: “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal […]

Featured Tue, 17 Jun 2025
error: Content is protected !!