Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 24, 2026 @ 12:02pm

Sein Qudsi Tak Halang Influencer Jadi Aktor, Nasihat Dalami Ilmu Lakonan – “Jangan Harap Populariti Semata-Mata”

Penyanyi dan pengarah, Sein Qudsi menegaskan populariti yang diraih di media sosial bukanlah tiket mudah untuk seseorang bergelar pelakon, sebaliknya ilmu dan kesungguhan perlu menjadi keutamaan jika mahu bertahan dalam industri seni.

Menurut Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa Al Qudsy, 42, sesiapa sahaja berpeluang menjadi pelakon tanpa mengira latar belakang kerjaya, asalkan mempunyai minat dan kesungguhan untuk belajar.

“Bagi saya, tak kisah siapa pun awak, sama ada influencer, jurutera atau arkitek, lakonan itu semua juga merupakan satu bentuk seni.

“Paling utama kena ada minat. Kemudian perlu cari ilmu lakonan supaya kita bersedia sebaik sahaja masuk set penggambaran,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Soul City: An R&B Night, baru-baru ini.

Tambah anggota kumpulan Ruffedge itu lagi, bakat semula jadi sememangnya satu kelebihan, namun ia perlu disokong dengan ilmu dan pengalaman agar mampu berkembang dengan lebih baik.

“Bakat memang penting sebab orang berbakat ini ajar sikit terus jadi. Tapi kalau ada bakat tanpa ilmu dan pengalaman, dia jadi macam tak habis tumbuh.

“Sayanglah kalau bakat dibiarkan begitu sahaja, jangan berhenti belajar supaya tidak statik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sein yang juga aktif mengarah melihat kemunculan ramai pempengaruh dalam industri lakonan sebagai satu perkembangan yang sihat.

Bagaimanapun, dia percaya hanya mereka yang membuat persediaan rapi dan sanggup melakukan kajian akan lebih menyerlah berbanding yang hanya bergantung kepada nama.

“Sekarang ini generasi baharu ramai yang bijak. Apatah lagi informasi kini semua boleh diperoleh hanya di hujung jari.

“Kalau mereka ada pengetahuan selain buat ‘homework’, mereka akan lebih menonjol ketika sesi uji bakat.

“Sebagai pengarah, sebenarnya kita boleh nampak siapa yang datang buat persediaan lengkap. Mereka ini ada potensi untuk kita panggil bagi projek lain,” jelasnya.

Sementara itu, Sein turut meluahkan rasa teruja menjelang penganjuran konsert Soul City: An R&B Night yang bakal berlangsung pada 10 Julai depan di Unifi Arena.

Konsert berkenaan bakal menghimpunkan Ruffedge bersama Innuendo, selain penampilan istimewa Lah Ahmad serta The Fabulous Cats yang akan bergandingan dengan Datin Alyah dalam meraikan kegemilangan muzik pop R&B tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Feb 2019

1800 Tiket Habis Dijual, Peminat Blue Jangan Berlengah Lagi!

Whoah, the boys are coming back. Siapa kat sini excited? Jumpa di Dewan Wawasan, Menara PGRM pada 3 Mac nanti okay!

Trending Thu, 21 May 2020

Berita Baik Buat Orang Ramai Di Sekitar Lembah Klang & KL

Take note buat yang berada di Lembah Klang dan KL!

Hiburan Sat, 15 Jun 2024
Events Thu, 24 Jan 2019

Hilton Malaysia Launches Sale on Wedding Packages!

It’s a good year to get married.

Hiburan Wed, 7 Aug 2024
Featured Wed, 7 Dec 2022
Hiburan Tue, 28 Aug 2018

暗中感受《黑暗心乐会》为视障朋友带来光明

《黑暗心乐会》结合音乐表演,声音体验、心灵疗愈的完美交融,首个完全由视障者参与制作、表演的声演会,前所未有的视觉革命!

Hiburan Sun, 19 Jan 2025
error: Content is protected !!