Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal November 13, 2019 @ 10:43am

Sejauh Mana Port Pengecas USB Di Tempat Awam Selamat Untuk Digunakan?

Bayangkan telefon pintar atau tablet anda kekurangan bateri ketika berada di luar, tiada powerbank, dan akan bertambah lagi parah apabila anda tertinggal kabel pengecas di rumah. Pastinya anda akan mencari jalan alternatif dengan menggunakan pengecas peranti yang tersedia di tempat awam dengan berharap dapat mengecasnya sebentar.

Mungkin anda rasa tidak ada salahnya jika anda gunakan saja perkhidmatan stesen mengecas percuma yang ditawarkan di lapangan terbang misalnya, atau meminjam sementara kabel daripada orang lain. Nampak seperti tidak ada apa yang berbahaya kerana ia ditawarkan secara percuma. Siapa yang mampu menolak lebih-lebih lagi disaat peranti hampir kehabisan “nyawa”.

 

Masalah utama yang tidak menggalakkan anda untuk mengecas di stesen awam ialah kerana bicu USB itu tidak selalunya selamat untuk digunakan, malah pakar keselamatan sebelum ini telah memberi amaran bahawa anda berisiko meletakkan telefon dalam keadaan yang berbahaya.

Penyelidik di makmal Kaspersky pernah menyatakan bahawa mungkin sahaja pencipta atau pemasangnya boleh memasang aplikasi pihak ketiga di bicu USB seperti virus, terus ke telefon pintar menerusi sambungan kabel USB ke komputer dalam masa tiga minit.

Jika ia dikompromikan, penggodam boleh mempunyai akses tanpa had untuk melihat maklumat anda, termasuklah e-mel, teks, foto dan juga kenalan.

Peranti anda tidak sepatutnya menerima data dari bicu USB tanpa kebenaran anda dan itulah sebabnya di iPhone, penggunanya pasti akan menerima notifikasi “Trust This Computer?” apabila mereka memasang kabel tersebut pada peranti yang lainnya.

Namun, adakah ini masih menjadi masalah untuk model telefon baru? Chris Hoffman dari How-To Geek melaporkan bahawa iPhone semasa dan telefon Android biasanya memerlukan kebenaran anda untuk berkongsi data supaya risiko adalah minimum. Jika anda masih ragu-ragu, dapatkanlah kemas kini keselamatan terkini untuk peranti anda.

Anda seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga apabila menggunakan stesen pengecasan percuma. Jika tidak yakin, pertimbangkanlah untuk mengecas powerbank sahaja, dan bukan peranti pintar anda. Dengan kata lain, jika boleh, elak untuk menyambungkan telefon anda terus ke mana-mana bicu USB di tempat awam.

Sumber: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 11 Feb 2018

Tips Terjemahkan Bahasa Asing Tanpa Perlu Berpindah Aplikasi

Ramai yang suka menggunakan aplikasi terjemahan Google kerana sememangnya diperakui keberkesanannya.

TECH Thu, 11 Jul 2019

Bagaimana untuk menyambungkan hotspot WiFi tanpa kata laluan

Cara mudah akses wifi tanpa kata laluan

Automobile Thu, 12 Jul 2018

为什么欧系车后座脚下有Hump,日系车却没有?

许多轿车后座中央位置的脚下,都会有一个凸起的Hump,而这个凸起的部分也让后座中间乘客岔开大腿才能坐好,相当尴尬;不过日系车款却大多是平坦的。这究竟是为什么呢?

TECH Tue, 9 Oct 2018

Menarik! Jom Ubah Suara Pada Whatsapp

Berikut kami kongsikan cara untuk mengubahnya kepada jenis suara yang unik dan lucu. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Automobile Fri, 19 Oct 2018

驾驶小知识:空调循环系统应该怎么用?

我国日前又发生了一宗开空调睡死车内的悲剧!为什么这样做会致命?而当中扮演着重要角色的空调循环( Aircon Circulation )系统的操作原理你又是否了解呢?

LIFESTYLE Wed, 9 Jan 2019

Berita Baik Untuk Semua, CJ WOW Shop Kini Boleh Di Tonton Sepanjang Hari!

Beli belah anda di rumah lebih mudah dengan CJ WOW SHOP hanya disaluran ntv7 dan TV9!

Automobile Sat, 24 Nov 2018

长途开车保持好EQ!

学校假期了,开长途车也要有「长途」的好心情!开车前提醒自己六件事,开车好EQ,确保家人平安。

TECH Sat, 31 Aug 2019

3 “External Hard Disk” Terbaik Mampu Milik Dipasaran

3 “External Hard disk” bersaiz sederhana yang boleh dipertimbangkan

Automobile Tue, 31 Dec 2019

Lebih Banyak Laluan Khas Motosikal Perlu Dibina

Jika betul ada penambahan lorong motosikal harap dapat kurangkan kemalangan !

TECH Sat, 29 Jun 2019

5 Platform Penguji Kelajuan Internet Yang Anda Boleh Gunakan

Banyak platform yang ditawarkan dan ini merupakan 5 penguji kelajuan internet yang terbaik anda boleh gunakan.

error: Content is protected !!