Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 27, 2021 @ 11:46am

Selamat Bernikah, Neelofa Sah Isteri PU Riz

Dengan sekali lafaz, usahawan dan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pendakwah selebriti, Haris Ismail, 26, atau PU Riz.

Proses ijabkabul tersebut disempurnakan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor selaku wali di sini tepat pada pukul 11.43 pagi tadi di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut hadir memberikan tazkirah serta khutbah nikah.

Pada majlis serba putih itu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin daripada Haris dalam bentuk sebentuk cincin.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.

“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, Insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris.

Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini Noor Mohamed serta ahli keluarga Haris, Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jul 2019

Ingat Ponteng Di Denda Melutut Atas Bara Kayu

Si Ibu arag anak supaya melutut diatas kayu api yang sedang dibakar . Aduh kesiannya!

Trending Wed, 13 Apr 2022
Trending Tue, 20 Aug 2019

Start Your Voting Now Because The Finalists for ABPBH 32 is Here!

The heated and long-anticipated 32nd Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) finally announced the top 5 finalists for 20 categories that’ll soon be competing!

Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

“Ummi Bilal Ni Jerit Tak Berlagu” – Neelofa Beri Nasihat Jangan Cium Anak Orang Lain

Min setuju.. Risau tau keliling kita ada virus masih berlegar legar lagi

Featured Wed, 4 Jun 2025
error: Content is protected !!