Euforia Bola 2026
Events By: SGMS Faida August 22, 2018 @ 1:25pm

Selepas 40 Tahun, Aktiviti Qurban Temukan Bekas Pelajar Kg Pandan

Kebiasaanya kita lihat perjumpaan bekas pelajar atau reunion diadakan di dewan atau restoran mewah. Maklum saja, bertahun lama dah tak jumpa, pastilah lokasi pilihan selesa dan ‘mesra kamera’.

Tetapi lain pula dengan cara bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Kg Pandan (1973-1978) ini.

Menggunakan kesempatan sempena sambutan Aidiladha 1439H, mereka bersepakat menganjurkan aktiviti Qurban yang melibatkan hampir 40 bekas pelajar SKKP.

Menurut salah seorang bekas pelajar yang terlibat dalam program Qurban, Jafri Bin Mohamad Sani, aktiviti ini merupakan anjuran sulung di mana jumlah penyertaan adalah di luar jangkaan.

“ Matlamat penganjuran adalah untuk merapatkan silaturahim dan ukhuwah dalam kalangan bekas pelajar yang sudah lama tidak bersua.

“ Seronok dapat berkumpul dengan bekas rakan sekolah. Menerusi program ini juga, kami dapat mengaturkan beberapa pertemuan. Beberapa sesi mesyuarat turut diadakan bagi memastikan program Qurban kali ini berjalan lancar.

“ Alhamdulillah, atas izinNya juga, proses Qurban berjalan lancar. Kami juga merancang untuk menganjurkan program seperti ini lagi di masa akan datang. Insha Allah,” katanya.

Program Ibadah Qurban anjuran bekas pelajar SKPP ini berjalan selama dua hari di Surau Darul Najah, Taman Maju Jaya, Kuala Lumpur.

Difahamkan, sebanyak empat ekor lembu ‘tumbang’ sepanjang aktiviti Qurban ini dijalankan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 8 Apr 2018

3 Sebab Jangan Makan Ubi Kentang Bertunas

Lebih baik mencegah dari merawat dan tidak perlu kita makan makanan yang boleh mendatangkan kesakitan seperti ubi kentang bertunas

Events Wed, 12 Sep 2018

Venue Change for Lui Peng’s Tour Stop in Malaysia

DON’T go to The Bee because there’s a change in location.

Events Fri, 9 Nov 2018

林绿入戏太深拍摄现场「强吻」庄可比!

林绿入戏太深拍摄《我的非一般岳母》现场「强吻」庄可比!

LIFESTYLE Sat, 8 Sep 2018

不是太空人也能穿!美国太空总署联手服装品牌推出日常穿着系列

美国太空总署NASA今年成立60周年,最近与服装品牌Heron Preston合作推出联名系列服装!这系列服装包含:夹克,帽衫,T恤, 背包和帽子,服装上的NASA字样来自NASA于1976年至1992年的标准字。

Fab Foodies! Sun, 21 Oct 2018

Air Paip Perlu Dimasak Sebelum Diminum

Dr Lee berkata adalah lebih baik orang ramai tidak meminum air secara terus daripada paip tetapi perlu memasaknya terlebih dahulu.

LIFESTYLE Sat, 3 Feb 2018

Kongsi Pengalaman Dan Teknik Kesan Kutu Kucing Dirumah

“Asal Tidur Je Mesti Diserang, Kemudian Gatal Yang Amat Sangat”, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dan Teknik Kesan Kutu Kucing Dirumah

LIFESTYLE Wed, 20 Jun 2018

Pakai Shampoo Mahal Tapi Rambut Tetap ‘Sedih’, Apa Perlu Korang Buat?

Jangan amalkan sikap Asal Boleh! Ini tidak, anda guna saja syampu yang ada depan mata dan tak payah keringkan rambut atau menyisir kemas rambut yang dibiarkan kusut masai. Walhal itu antara penyumbang rambut mudah rosak.

error: Content is protected !!