Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 7, 2025 @ 1:24pm

Semarak Hari Malaysia, Azharina Azhar & Daniesh Suffian Persembahkan ‘Gunung Kinabalu’

Bersempena sambutan Hari Malaysia, penyanyi tersohor kelahiran Sabah, Azharina Azhar tampil dengan hadiah istimewa buat tanah air melalui pelancaran lagu patriotik pertamanya berjudul Gunung Kinabalu.

Lebih bermakna, karya ini diangkat bersama saudaranya, penyanyi Daniesh Suffian yang turut berkongsi semangat cintakan negeri bawah bayu.

Lagu ini bukan sekadar sebuah karya seni, tetapi sebuah penghormatan kepada Sabah dan tanda ingatan kepada arwah Datuk Haji M.Y. Ismail, tokoh keluarga yang menjadi sumber inspirasi buat kedua-dua artis ini.

Gunung Kinabalu diadaptasi daripada lagu lama yang pernah dipopularkan oleh Surianah Mansah, ibu kepada Daniesh dan figura pop Sabah era 1990-an.

Kini, Azharina dan Daniesh menyuntik nafas baharu dengan susunan muzik moden serta lirik segar yang sarat dengan semangat patriotisme, menjadikan karya ini lebih relevan kepada generasi hari ini.

Hasilnya lahirlah sebuah lagu yang bukan sahaja mencerminkan jati diri rakyat Sabah, malah mengangkat warisan budaya dan identiti bangsa dengan penuh kebanggaan.

Azharina mengakui, penglibatannya dalam projek ini meninggalkan makna yang sangat mendalam.

“Ini adalah lagu patriotik pertama saya dan saya amat bersyukur kerana dapat menyanyikannya sebagai anak Sabah. Lebih membahagiakan, saya dapat bekerjasama dengan dua pupu saya sendiri, Daniesh.

“Kami sangat rapat, jadi projek ini terasa sangat istimewa. Saya harap akan ada lebih banyak kolaborasi seperti ini pada masa hadapan kerana ia mengangkat warisan keluarga dan tanah kelahiran kami,” katanya.

Bagi Daniesh, projek ini memberi ruang untuk beliau menyalurkan rasa cinta terhadap tanah kelahiran melalui seni suara.

“Projek ini memberi saya peluang baharu dalam karier. Bekerjasama dengan Kak Azharina, yang juga sepupu saya sendiri, membawa rasa istimewa. Kami dapat merasakan chemistry yang kuat sepanjang proses rakaman.

“Kami juga menerima banyak maklum balas positif daripada peminat sejak beberapa cover lagu kami dimuat naik di TikTok dan media sosial lain. Ramai yang menyokong dan meminta kami teruskan kerjasama ini,” jelasnya.

Azharina turut menegaskan, pemilihan Gunung Kinabalu sebagai judul lagu melambangkan kekuatan, ketabahan, serta semangat tidak pernah luntur rakyat Sabah.

Gunung ikonik itu bukan sekadar mercu alam, tetapi menjadi simbol jati diri negeri di bawah bayu yang sentiasa teguh berdiri.

Lagu Gunung Kinabalu bakal dilancarkan secara rasmi pada 3 September 2025, bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia dan boleh didengarkan di platform digital utama termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music.

Video muzik rasmi turut akan diluncurkan serentak dan dijangka menjadi antara tontonan istimewa yang mengiringi detik penuh patriotisme ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Feb 2020
Trending Sun, 25 Apr 2021

Ketat SOP Di Sekolah, Ibu Bapa Jangan Bimbang – Rina Harun

Makin ramai sekolah ditutup sekarang ni…

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Trending Tue, 2 Jan 2018

Leka Dengan Telefon Bimbit, Hilang Kaki Kanan

Seorang wanita di China terpaksa menanggung derita apabila kehilangan kaki kanannya akibat tersepit dengan pintu lif yang rosak.   Rakaman CCTV lif tersebut menunjukkan seorang perempuan berambut pendek sedang leka melihat telefon bimbitnya dan tidak […]

Hiburan Wed, 3 Sep 2025
Hiburan Tue, 18 Feb 2020

[VIDEO] Jenazah Ashraf Sinclair Kini Dibawa Ke Rumah

Semoga seluruh keluarga tabah dan kuat

Featured Wed, 12 Apr 2023
error: Content is protected !!