Categories: Semarak

Ingatkan Susah, Rupanya Senang Saja Cara Buat Tart Nenas Nyonya

Di zaman serba moden ini, memang jarang sekali kita mendengar perihal wanita yang buat kuih Raya sendiri di rumah. Kebanyakannya semua nak ekspres dan lebih senang memilih kuih tunjuk atau kuih beli, erti kata lain.

Kalau adapun yang all out, mereka ini selalunya memang usahawan kuih Raya. Manalaka sebahagiannya pula sejenis suka memasak meskipun berkerjaya.

Justeru itu, bagi menyuntik kembali minat wanita ke dapur sekaligus meneruskan amalan orang dulu-dulu yang menyediakan sendiri kuih Raya untuk dijamu kepada tetamu, Hijab & Heels ingin berkongsi resipi yang cukup mudah untuk anda cuba di rumah.

Tart Nenas Nyonya adalah biskut raya yang kami pilih. Sungguh klasik dan lazat, hidangan ini agak mudah untuk disediakan.

Semua bahan kering disatukan dan kemudian digaulkan dengan telur kuning. Jangan lupa rehatkan doh kerana gluten doh mengambil masa untuk terhasil dan tekstur biskut akan menjadi lebih lembut dan rangup.

Masa Penyediaan: 15 minit; Masa Memasak: 25 minit; Jumlah Hidangan: 50 biji

Bahan-Bahan doh Tart:

  • 300 gram tepung gandum*
  • 4 sudu besar tepung jagung*
  • 3 sudu besar gula icing*
  • 200 gram mentega, potong kiub
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 2 biji kuning telur

Bahan untuk jem:

  • 2 biji nenas, parut dan tuskan air
  • 600 gram gula
  • 1 batang kayu manis
  • 2-3 titik pewarna kuning

Cara-cara menyediakan inti tart:

  • Bulatkan inti tart anggaran lebih kurang sebesar biji guli.
  • Ayak bahan atau tepung bertanda *. Gaulkan tepung yang telah diayak tadi dengan mentega sehingga menjadi tekstur seperti serbuk roti.
  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Rehatkan di dalam peti ais selama 1/2 jam.
  • Keluarkan doh dan canaikan dengan cara melapik bahagian atas dengan plastic wrap. Dengan menggunakan cara ini, doh yangg lembut tidak akan melekat di roller. Terap doh dengan acuan dan hiaskan dengan inti tart.
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 170- 175 darjah Celcius (suhu adalah bergantung kepada oven anda) selama 20- 25 minit.

Cara-cara memasak jem nenas:

  • Masak nenas bersama gula.
  • Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga kering.
  • Bulatkan doh untuk inti tart nyonya.

Senang, bukan? So apa lagi, ladies? Marilah mencubanya hari ini.

Nak lebih mudah, rujuk lampiran video yang dikongsikan di bawah ini. Selamat mencuba!

Sumber: iresipi

Yanie Baharom

Share
Published by
Yanie Baharom