Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom October 10, 2018 @ 9:41am

Senarai Barangan Dapur Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan Insan Tersayang

Hashtag atau tajuk segmen ‘dapur with love’, istilah yang menggambarkan sesi memasak dengan penuh kasih sayang untuk mereka yang tercinta.

Sememangnya dapur satu ruangan di mana kita dapat menyediakan makanan buat seisi keluarga. Namun begitu, selain memikirkan menu lazat setiap hari, ada perkara yang lebih utama perlu diberi perhatian misalnya kebersihan dapur termasuk barangan yang digunakan.

Tahukah anda, peralatan memasak yang biasa digunakan juga boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan jika tidak digunakan dengan baik?

Jom kita tinjau, kalau-kalau ada yang menggunakan tujuh barangan ini di rumah anda?

1. Peralatan aluminum

Aluminium adalah material yang murah dan pelbagai guna. Walaubagaimanapun, makanan berasid seperti sos tomato boleh menyebabkan aluminium terserap masuk ke dalam makanan.

Memang aluminium boleh disingkirkan dari badan melalui buah pinggang, namun ia masih salah satu toksin utama dalam senarai daftar bahan paling toksik oleh United States Agency.

Foto: lakuponofficial

2. Periuk kuprum

Kuprum terkenal mampu mengekalkan suhu dan menahan haba, malah periuk dan kuali kuprum (copper pot) menjadi kegemaran kebanyakkan cef.

Tetapi makanan berasid boleh menghakis lapisan kuprum dan menyebabkan ia masuk ke dalam makanan!

Foto: Girl Meets Dirt

3. Pengalas pemotong plastik

Plastik memang lebih tahan lama dari kayu, namun ia lebih cenderung mempunyai kesan terpotong yang boleh jadi tempat bakteria membiak.

Itulah sebabnya penting untuk membersihkan tempat pemotong dengan baik menggunakan air berklorin atau air panas.

Jika pengalas pemotong plastik (plastic chopping board) anda mempunyai banyak kesan terpotong, sudah tiba masanya untuk anda tukar baru.

Foto: thewirecutter

4. Peralatan memasak plastik

Jika dibiarkan pada suhu yang tinggi, peralatan plastik akan cair dan mengeluarkan bahan dan gas kimia yang bahaya ke dalam makanan.

Peralatan kayu dan besi adalah lebih selamat digunakan.

Foto: ceritakosongkita

5. Plastik mengandungi BPA

BPA (bisphenol A) adalah bahan kimia industri yang digunakan dalam pembuatan plastik.

Kajian menunjukkan kesan ketara antara plastik BPA terhadap janin dan bayi baru lahir.

Apabila membeli produk plastik, pastikan semak di bahagian bawah dan pilih plastik yang dilabel sebagai bebas BPA (BPA-free).

Foto: Live Science

6. Besi tahan karat bercalar

Besi tahan karat memang pelbagai guna dan tahan lasak, namun tidak semuanya tahan calar.

Apabila sudah tercalar, ia boleh membebaskan mineral seperti besi, kromium dan nikel ke dalam makanan.

Walaupun semua bahan ini bukanlah toksik jika dalam kuantiti yang sedikit, namun ia masih boleh memudaratkan kesihatan jika terkumpul di dalam badan.

Foto: Kickstarter

7. Kuali teflon

Teflon membuatkan memasak tanpa minyak lebih mudah, kerana bahan tidak lekat menyebabkan semua makanan seperti meluncur di atas permukaannya.

Tetapi menurut kajian oleh kumpulan Kesihatan Persekitaran, kuali bersadur Teflon boleh mencapai suhu konduktif dan membebaskan asap atau gas beracun selepas 2 hingga 5 minit di atas api!

Foto: legionathletics

Sumber: The Asian Parent Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 2 Apr 2019

Ketahui makanan yang menyumbang kepada ADHD dalam kalangan bayi semasa mengandung

Omega 3 dan omega-6 dikatakan menjadi punca gangguan ADHD kepada bayi

familuv Thu, 16 Apr 2020

Hilang sabar melayan kerenah anak sepanjang PKP? Jangan dipukul tapi guna taktik ini

Basuh muka dan kepala anak disertai doa-doa yang menenangkan

familuv Thu, 29 Nov 2018

3 Tip Mudah Untuk Pastikan Makanan Anda Selamat Untuk Dimakan Ketika Hamil

Apa yang anda makan akan memberi kesan terus kepada kesihatan anda dan kandungan.

familuv Tue, 25 Dec 2018
familuv Mon, 1 Oct 2018

Selamatkan Anak Anda Daripada Kanser Dengan Menjadi Ibu Bapa Yang Lebih Prihatin

Jangan leka dengan telefon, perhatikan setiap inci perubahan fizikal anak anda!

familuv Tue, 24 Jul 2018

Ini Antara Punca Yang Anda Tidak Tahu Tentang Kenapa Bayi Boleh Tersedak Susu

Jangan disebabkan kelalaian kita, nyawa anak tergadai!

familuv Sun, 21 Oct 2018

20 Idea Dekorasi Potongan Buah Yang Cute Untuk Si Manja

Rasa macam tak nak makan sebab comel sangat!

familuv Mon, 3 Sep 2018

Kaki Budak Ini Patah Apabila Dia Menaiki Papan Gelongsor Dengan Ibunya, Tengok Video Ini

Tak sangka alat yang nampaknya innocent sebenarnya boleh membahayakan diri.

familuv Mon, 18 Mar 2019

5 cara menghukum anak yang dilarang dalam Islam

Mungkin ada antara anda yang pernah melakukannya tanpa sedar.

familuv Mon, 8 Oct 2018

7 Mitos Tentang Kehamilan Yang Anda Kena Berhenti Percaya

Ada “nasihat” yang boleh diterima pakai, dan ada yang tak logik.

error: Content is protected !!