Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin April 25, 2024 @ 5:25pm

Seni Grafiti Jalanan Hasil Anak Seni Berbakat Kelahiran Sandakan Bergabung Dengan Semangat Surfing… Koleksi Rip Curl x Kenji Chai Tarik Perhatian!

Seni grafiti jalanan sangat terkenal di serata dunia kerana keunikan tersendiri.

Pastinya penuh berwarna-warni, apa bakal terjadi jika seni gratifi jalanan digabungkan dengan semangat surfing?

 

Itulah yang direalisasikan menerusi koleksi terbaharu RIP CURL x KENJI CHAI: SURFITTI yang baru sahaja dilancarkan pada April 2024!

Kenji Chai, artisan kelahiran Sabah menghasilkan dua rekaan unik t-shirt yang diinspirasikan daripada karya popularnya Chaigo The Stray.

Kata Pengurus Pemasaran Rip Curl Malaysia, Moe Faisal, pihaknya teruja dengan kolaborasi jenama tersebut dengan Kenji.

 

“Kami teruja dengan kerjasama dengan Kenji menerusi projek Rip Curl Artist of the Search Project.

“Gaya unik Kenji telah menyempurnakan setiap komponen dalam jenama Rip Curl, yang mana ia menyeronokkan, berwarna-warni dan mencabar.

“Jalinan kerjasama itu telah terhasilnya dua rekaan t-shirt yang menterjemahkan Kenji sebagai artisan dan Rip Curl sebagai jenama surfing,” katanya.

Menerusi koleksi terbabit, ia menggabungkan tenaga dari jalanan dengan gaya hidup santai di tepi pantai.

Koleksi tersebut turut diinspirasikan daripada rekaan ikonik Kenji iaitu Chaigo The Stray yang mengangkat idea tentang cabaran outdoor, surfing dan semangat seni grafiti.

Setiap rekaan melambangkan kenakalan dan sifat lucu Chaigo the Stray pada masa sama berkongsi adrenalin surfing dan kebebasan dalam mengekspresikan seni.

Koleksi SURFITTI terdiri daripada dua rekaan t-shirt yang melambangkan hubungan simbiosis antara seni jalanan dan budaya surfing.

Daripada jalanan ke permukaan ombak, setiap karya yang dihasilkan meraikan kebebasan, kreativiti dan cabaran.

 

Kenji, 39, merupakan anak kelahiran Sandakan, Sabah, yang mula menunjukkan bakatnya bermula dengan karya doodle di buku-buku teks sekolahnya.

Minat yang mendalam memaju hidupnya untuk menyambung pengajian dalam rekaan grafik di Central Academy of Arts, Kuala Lumpur sebelum aktif bergiat sebagai artis grafiti.

Salah satu karya mural Kenji, Ying Yang Crane telah dipamerkan di Wuhan, China, hasil kolaborasi bersama pelukis tempatan.

Selain itu, karyanya Courage to Dream di bangunan RED Hotel Kuala Lumpur setinggi 25 tingkat turut dinobatkan dalam Malaysia Book of Records.

Program Rip Curl Artist of the Search yang dicetuskan oleh Rip Curl Malaysia sejak 2022 untuk menyokong seni tempatan dengan berkolaborasi dengan artisan tempatan.

Menerusi kolaborasi itu, artisan yang terpilih bebas untuk mereka koleksi kolaborasi yang akan dipasarkan kepada pengguna.

Koleksi RIP CURL x KENJI CHAI: SURFITTI boleh mula didapati pada April 2024 di setiap butik fizikal Rip Curl dan di www.ripcurl.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 26 Oct 2018

Selebriti Hollywood Paling Diva, No. 3 Anda Mesti Tak Percaya!

Sikap diva mereka sehinggakan diberi jolokan ‘The Mean Girls’ oleh wartawan hiburan di Hollywood.

Gaya Hidup Wed, 8 May 2019
Gaya Hidup Tue, 11 Sep 2018

Para Ibu Segera Amalkan Petua Ini Agar Si Suami Kembali Memuji Anda!

Perubahan tona kulit di sekitar Miss V atau kelengkang wanita bertukar menjadi sedikit gelap selepas bersalin, adalah satu keadaan yang normal.

Cahaya Mata Wed, 21 Dec 2022

“Macam Nampak Baby Bump” – Netizen Dakwa Isteri Sedang Hamil, Ini Jawapan Zaki Azeman

Pelakon Zaki Azeman tular di media sosial apabila dia dan isteri, Raa Suzuran melakukan trend tarian di TikTok. @zakiazeman94 Hi @AdamLee @Sweet Qismina ♬ 原聲 – ABCandE Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Zaki, dia dan […]

Gaya Hidup Thu, 28 Mar 2019

Wanita dari United Kingdom ini tidak boleh merasai kesakitan dan ini sebabnya

Beliau tidak mempunyai kebolehan untuk berasa sakit seperti manusia normal lain.

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Betul Ke Memakai Deodoran Boleh Menyebabkan Kanser Payudara? Ini Jawapannya

Ramai yang percaya deodoran boleh menyebabkan kanser payudara. Tapi secara saintifik apakah kesahihannya?

Featured Fri, 12 Jun 2020
Featured Thu, 20 Feb 2020

Tapak pengebumian RM300,000, San Diego Hills hanya untuk golongan ‘have-have’!

Harga kubur boleh beli beg tangan Gucci dan sebuah rumah!

Featured Wed, 4 Jul 2018

Ketahui Manfaat Minum Air Suam Untuk Kesihatan

Perbanyakkan minum air suam untuk kesihatan anada.

Featured Fri, 16 Dec 2022

“Yang Pergi Bukannya Kau Tak Layak Tapi…” – Pesanan Makan Dalam Iddin Ramli Jentik Hati Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang terkenal dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiYang tak patut akan tetap pergi.♬ Untuk Mencintaimu – Seventeen Menerusi […]

error: Content is protected !!