Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 12, 2023 @ 11:50am

Seram Habis! Alyah Demam Panas Lepas Rakam Lagu Alunan Biola Gara-Gara…

Penyanyi Datin Alyah tampil berkongsi kisah seram yang dialaminya ketika merakamkan lagu keroncong berjudul Alunan Biola nyanyian asal Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Seri Saloma.

Menurut Alyah, dia terdengar suara satu misteri yang turut menyanyikan lagu tersebut ketika proses rakaman itu dijalankan.

“Kejadian berlaku sekitar 2003 atau 2004. Masa itu, saya merakamkan lagu ini untuk program radio terbitan RTM.

“Proses rakaman dibuat di studio Rentak 50. Ketika proses rakaman dijalankan, saya terdengar suara lain turut bergema dan menyanyikan lagu Alunan Biola bersama saya,” katanya.

Lebih menyeramkan lagi, penyanyi lagi Jutaan Purnama itu juga memaklumkan ada beberapa kejadian pelik berlaku kepada penyanyi yang pernah merakamkan lagu klasik ini.

“Selepas rakaman lagu, keesokannya saya terus demam. Tubuh saya juga terketar-ketar. Saya diberitahu oleh juru audio ada beberapa penyanyi lain turut demam selepas merakamkan lagu ini,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Alyah juga akan menyerikan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 5 dan 6 Ogos ini.

Selain Alyah, konsert itu juga menampilkan beberapa penyanyi lagenda seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie, Han Byul, Rizal Ahmad, Jamilah Abu Bakar dan Rasyidah Abd Rahim.

Alyah berkata, dia sangat terkejut apabila pihak penganjur menawarkannya untuk menyanyikan lagu bergenre keroncong.

“Kali terakhir saya menyanyikan lagu keroncong pada awal kemunculan saya dalam bidang seni.

“Masa itu saya selalu diundang oleh RTM untuk menjayakan persembahan yang memerlukan saya menyanyi lagu idaman ramai. Itu pun lagu moden yang diubah versi keroncong.

“Tak dinafikan, lagu keroncong sukar dinyanyikan terutama dari segi kawalan pernafasan. Saya pula baru lepas menjalani pembedahan bariatrik dan sudah tentu ia sangat mencabar buat saya.

“Apapun, saya teruja dapat mencabar diri dan berkongsi pentas dengan penyanyi legenda,” katanya.

Orang ramai sudah boleh membeli tiket dengan harga bermula RM88 hingga RM588 menerusi laman sesawang, www.ilassoticket.com.my mulai hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 May 2019

‘ Kalau Ada Jodoh, Saya Terima’- Raja Ema Tak Tolak Kemungkinan Berkahwin Semula

Tambah penyanyi berusia 51 tahun ini, dia bakal membuat persembahan pada bulan Ramadan ini di The Love, MaTic Jalan Ampang.

Hiburan Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Mon, 28 Jan 2019

《廉政风云》加入贺岁档!华语影坛影帝影后同镜飙戏

《廉政风云 烟幕》汇集了华语影坛最一流的影帝影后同镜飙戏,誓以最顶强的「烟幕」阵容抵御春节一片弥漫开来的贺岁烟硝!

Trending Tue, 4 Feb 2020

[FOTO] Stylo Habis! Lihat Potret BTS Dan TXT Sempena Sambutan Ulang Tahun Agensi Ke-15

Bukan senang nak tengok interaksi Senior dan Junior macam ni!

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

Sasterawan Negara, Prof. Shahnon Ahmad Meninggal Dunia

Sasterawan negara, Profesor Emeritus Datuk Shannon Ahmad meninggal dunia pada usia 84 tahun. Menurut laman Facebook Dewan Sastera, Shannon menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 8 pagi selasa di Hospital KPJ, Kajang. Anank bongsunya, Asrulsani, 54, […]

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Tiada Lagi #Jelena, Bieber Umum Dah Bertunang

Tambah Bieber, hatinya kini hanya milik gadis berusia 21 tahun itu. Wah, romantik habis!

error: Content is protected !!