Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 24, 2023 @ 4:27pm

“Siapalah Lelaki Bertuah Kahwin Dengan Kak Nab Ni” – Gelagat Nabila Razali Jadi Tukang Beli Ais Curi Perhatian

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mencuri perhatian selepas aksinya mengangkat sebungkus ais mendapat perhatian dalam kalangan netizen sejak semalam.

Perkongsian itu tular selepas Nabila berkongsi sendiri video tersebut menerusi hantaran di TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian video berdurasi 39 saat itu, Nabila yang tampil memakai busana lengkap raya kelihatan mengangkat sebungkus ais dari sebuah kedai yang dipercayai terletak di Tampin, Negeri Sembilan sebelum memasukkannya ke dalam kereta.

“Second syawal #iceicebaby,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai respons terhadap perkongsian tersebut, malah ramai memuji tindakan Nabila itu sebagai mengambil alih tugas seorang anak lelaki.

Tidak habis disitu, ada juga yang berseloroh mengatakan, sikap Nabila yang tidak kekok membeli ais memberi keuntungan kepada bakal suaminya kelak.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 85,000 tontonan dengan lebih 4,000 komen sejak ia dimuat naik pada Ahad.

Terdahulu, aksi mengangkat ais mula mendapat perhatian dalam kalangan netizen selepas pelakon Nadhir Nasar memuat naik beberapa foto di hadapan sebuah kedai sambil mengangkat ais beserta kapsyen berbentuk ‘pickupline’.

“Ada je ni you. Cakap dekat mama, ice otw okay,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 👽 (@nadhirnasar_)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Oct 2020
Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Is BTS’s Suga Really Dating Suran?!

BTS’s Suga and Suran are rumoured to be dating after a user found an Instagram posted by the latter.

Hiburan Fri, 22 Nov 2024

[VIDEO] “Ujian Ini Buka Mata Saya Tentang Siapa Kawan & Lawan… Rupanya Dalam Diam Ada Yang Tak Suka” – Nur Fazura

Ujian istimewa itu buka mata Nur Fazura lebih mengenali siapa kawan siapa lawan

Featured Fri, 13 Jan 2023
Featured Fri, 17 Apr 2020

5 petunjuk diambil kira sebelum PKP ditamatkan

Kerajaan perlu kenal pasti strategi keluar

Trending Wed, 8 Jan 2020
Trending Wed, 23 Oct 2019
Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Apa Kes Gambit Makan Katak Ni?

Semoga ini dipermudahkan buat Gambit

error: Content is protected !!