Categories: Sihat

5 Minuman Power Yang Boleh Menurunkan Berat Badan Dengan Mudah & Cepat

Setiap wanita pasti mahukan bentuk badan yang langsing. Bagi yang sedang diet, anda mungkin boleh cuba amalkan 5 jenis minuman ini.

Ini kerana jenis minuman ini ternyata membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak dan menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

Apapun, tak guna juga amalkan minuman ini, kalau anda makan tak ingat dunia. Anda juga perlulah disiplin dan sentiasa bersenam serta mengamalkan pemakanan yang sihat.

Jom semak 5 jenis minuman ‘power’ ini.

1. Air kosong

Foto: Cortech.News

Ya, inilah minuman yang sebaik-baiknya diamalkan oleh anda jika anda mahu kurus. Air kosong bertindak menghalang gesaan untuk terus makan yang tercetus akibat salah faham tubuh terhadap rangsangan rasa lapar di mana hakikatnya berpunca daripada kehausan.

Pengambilan air kosong iaitu dalam 9 hingga 10 gelas sehari mampu membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Tak percaya, cubalah.

2. Teh hijau

Foto: BBC Good Food

Teh hijau mempunyai banyak manfaat termasuklah menurunkan berat badan dengan cepat di mana ia dapat mengurangkan nafsu makan. Minum secangkir teh hijau sehari mampu memberikan semua antioksidan yang anda perlukan dan membantu membakar lemak dan kalori dengan lebih cepat dengan meningkatkan metabolisme.

3. Kopi

Foto: Max Pixel

Kopi mampu membantu anda daripada kurang berasa lapar. Kandungan kafeinnya juga mampu membakar banyak kalori.

4. Air lemon

Foto: The Spice Detective

Lemon sememangnya dicipta bersama agen kimia yang boleh membersihkan usus. Kelebihan ini membantu sistem perkumuhan bekerja lebih sempurna dan mengatasi masalah berat badan yang dihadapi.

5. Jus sayuran

Sayuran seperti brokoli, kubis dan timun merupakan antara jenis sayur yang mampu menurunkan berat badan. Jus sayuran membantu tubuh melawan radikal bebas dan berfungsi menyeimbangkan kadar hormon dalam tubuh, mengawal kadar gula dalam darah dan meningkatkan proses metabolisme.

Sumber: Maskulin dan Majalah Wanita

Ad Ops