Categories: Sihat

6 Jenis Senaman Mudah Untuk Hilangkan Rupa Double Chin

Anda perasan tak, badan tak berisi pun tapi dagu berlapis tetap ada. Ini semua angkara lemak berlebihan dekat dagu! Kadang rasa malu juga nak selfie, sebab kalau salah angle memang nampak jelas double chin itu. Stresnya! 

Jangan risau, Hijab & Heels nak kongsikan senaman ringkas yang mujarab untuk hilangkan double chin. Yang penting, anda kena rajin buat selalu barulah dapat hasil yang memuaskan! Jom kita semak.

1. Tongue Press

Untuk senaman ini, dongakkan muka ke atas dan tekan secara paksa lidah ke arah lelangit dalam mulut. Kemudian, tundukkan pula kepala ke bawah sehingga dagu bersentuhan dengan dada. Ulang langkah ini sebanyak 20 kali.

2. Pout & Tilt

Cebikkan bibir anda ke depan (rujuk gambar) dalam kiraan 5. Kemudian, tundukkan kepala anda dalam keadaan bibir yang dicebikkan. Ulang langkah ini sebanyak 20 kali.

3. The O

Dongakkan kepala anda ke atas, tutup rapat bibir dan muncungkan bibir dalam keadaan yang santai sahaja. Kemudian, buka mulut menjadi bentuk “O” dan tunggu selama 20 saat (rujuk gambar). Ulang langkah ini sebanyak 20 kali.

4. Kiss the Ceiling

Sambil berdiri, dongakkan kepala anda ke atas. Kemudian, muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium selama 5 saat. Relaks dan kembalikan kepala kepada keadaan asal. Ulang langkah ini sebanyak 15 kali.

5. Chin Rotation

Dalam keadaan berdiri, sengetkan kepala anda ke sebelah kanan bahu dan buat pusingan kepala dari bahu, ke dada, ke bahu sebelah kiri dan belakang (pusingan penuh). Ulang langkah ini sebanyak 10 kali dan tukar arah bahu sebelah kiri.

6. Stick Out Tongue

Pandang ke hadapan dan buka mulut seluasnya. Jelirkan lidah anda secara perlahan-lahan dalam kiraan 5. Kemudian, masukkan semula lidah dalam kiraan 5. Ulang langkah ini sebanyak 10 kali.

Apa pun, lakukan semua senaman ini dengan kerap barulah wajah bebas double chin!

Sumber: Livestrong

tex_admin