Categories: Sihat

8 Jenis Makanan Yang Bisa Bikin Anak Anda Memiliki Ketinggian Persis Supermodel!

Anak-anak yang membesar dengan sihat, cergas dan cerdas menjadi kebahagiaan ibu bapa.

Justeru tumbesaran baik anak-anak bermula dengan tanggungjawab ibu bapa dalam mengaturkan pemakanan terbaik buat mereka.

Berikan mereka makanan kaya protein ini bermula dari usia enam bulan untuk memperoleh tubuh badan yang sihat, tinggi dan kuat.

Ini kerana, protein penting untuk setiap fungsi pertumbuhan seperti rambut, tulang dan otot. Protein akan dipecahkan menjadi asid amino, yang menurut kajian telah menunjukkan hubung kait dengan hormon pertumbuhan.

Senarai makanan kaya protein yang boleh anda berikan pada anak anda.

1. Telur

Foto: Erabaru

Telur mengambil tempat pertama untuk meningkatkan ketinggian anak anda dan tak lupa juga ia kaya dengan protein.

Malah, kajian terbaru mengatakan yang satu telur sehari boleh bantu anak anda menjadi tinggi dan kuat.

Makanan versatil ini sangat berguna untuk bermacam lauk dan boleh dimasak dengan pelbagai cara.

Ia makanan yang hebat dan anda boleh mula beri bayi anda telur seawal usia mereka enam bulan. Tapi, jika ahli keluarga anda mempunyai alahan pada telur, jangan beri mereka putih telur sehingga mereka besar sedikit.

2. Ikan

Foto: manettas

Setiap jenis makanan laut seperti salmon dan bass laut adalah penuh dengan lemak omega-3 yang sihat.

Nutrisi ini adalah penting untuk mengembangkan otak anak anda. Beberapa jenis ikan seperti salmon dan tuna adalah sumber vitamin D yang baik serta dapat membantu meningkatkan ketinggian anak anda.

Hanya pastikan yang semua ikan yang anda berikan telah dibuang tulang. Sashimi juga tak elok untuk anak anda.

3. Mentega kacang

Foto: terowonginformasi

Kita selalu berhati-hati untuk memberi mentega kacang pada anak kerana risaukan alahan pada kacang.

Bagaimana pun, kajian baru-baru ini mengatakan, dengan memberi anak anda sedikit mentega kacang (selepas usia 6 bulan) boleh bantu mereka jauh dari alahan pada kacang.

Selain meningkatkan ketinggian, kacang juga penuh dengan lemak monosaturated yang dapat seimbangkan sensitiviti insulin dan mengurangkan keradangan serta membantu menguatkan jantung bayi.

Pastikan mentega kacang anda tak terlalu pekat untuk mengelakkan mereka dari tercekik.

4. Yogurt

Foto: classicalfm

Beri anak anda susu dapat menguatkan tulang mereka. Tapi untuk bayi bawah usia setahun, mereka susah untuk hadam susu lembu dan alternatif lain yang baik adalah yogurt.

5. Daging

Foto: Convivium

Sumber protein yang paling ketara adalah daging. Daging seperti ayam, lembu dan kambing adalah penuh dengan nutirisi yang berlainan seperti zat besi, niacin, vitamin B6 dan zink.

Kesemua nutrisi ini lebih-lebih lagi protein boleh buat anak anda tinggi.

Anda boleh mula beri anak anda daging selepas mereka masuk umur 7 bulan.

6. Tauhu lembut

Foto: jacomar

Tauhu lembut adalah alternatif murah kepada protein haiwan. Ia seperti telur versi vegetarian.

Anda boleh beri anak anda tauhu lembut yang telah dikisar dengan buah sebagai makanan manis untuk anak anda.

Pakar menyarankan untuk anda beri tauhu lembut apabila anak anda berusia 8 bulan ke atas.

7. Kacang hijau dan lentil

Foto: Nona

Ini adalah makanan berasaskan tumbuhan yang kaya dengan protein dan mudah untuk disediakan.

Anda boleh kukus kacang hijau dan hancurkan dengan tangan atau food processor dan campurkan dengan puri buah (sebab kanak-kanak suka benda manis).

Atau untuk lebih mudah, anda boleh letak mentega pada kacang yang dah dikukus dan hidangkan sebagai finger food.

8. Keledek

Foto: perawatanbayi

Keledek adalah pilihan protein yang terbaik untuk bayi. Ia mempunyai beta-carotene yang dipecahkan menjadi vitamin A. Vitamin ini penting untuk pertumbuhan penglihatan, tumbesaran dan menguatkan sistem imunisasi.

Anda boleh hidang keledek dengan pelbagai cara sejurus selepas bayi anda masuk enam bulan!

Protein adalah penting jika anda mahu anak anda membesar menjadi tinggi dan kuat. Anda boleh mula mengenalkan makanan kaya protein ini sejak dari usia mereka enam bulan. 

Sumber: The Asian Parent Malaysia

Yanie Baharom