Adakah anda seorang yang akan berdengkur setiap kali tidur? Jika ya, anda perlu berhati-hati! Ini kerana, berdengkur dengan kerap antara tanda penyakit Obstructive Sleep Apnea (OSA).
OSA adalah keadaan di mana seseorang itu kerap berhenti bernafas (apnea > 10 saat) ketika sedang tidur. Gejala utama ianya berlaku adalah berdengkur.
Berdengkur pula adalah bunyi bising semasa bernafas ketika tidur. Ia terhasil apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergeser dan bergetar antara satu sama lain. Ia berpunca apabila terdapat separa sekatan pada saluran atas pernafasan.
Untuk pengetahuan anda, bukan saja orang dewasa boleh mengalami OSA ini, malah kanak-kanak juga boleh mengalaminya disebabkan pembengkakan tonsil dan adenois. Ianya akan hilang selepas pembedahan.
Jadi, sangat penting untuk anda ketahui mengenai OSA ini supaya dapat bertindak awal seperti berjumpa doktor dan menjalani rawatan.
Anda perlu menjalani pemeriksaan dengan berjumpa doktor ENT (Ear, Nose & Throat) untuk memeriksa hidung, tekak dan larinks secara terperinci.
Anda juga perlu menjalani ujian tidur (sleep study) yang merupakan ‘gold standard‘ untuk tahu tahap keterukan masalah OSA ini.
**Pembedahan boleh dilakukan bergantung kepada keputusan ujian tidur.
Kesimpulannya, jangan pandang remeh dan ‘ketawakan’ pasangan anda tahu diri anda sendiri sekiranya kerap berdengkur. Ini kerana, andai ianya tidak dirawat awal akan menimbulkan komplikasi seperti darah tinggi, serangan jantung dan stroke.
Segeralah berjumpa pakar ENT jika anda atau pasangan anda mengalami gejala-gejala OSA ini!
Semoga bermanfaat!
Sumber: Twitter
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza