Categories: Sihat

Berita baik untuk anda yang suka tidur! AIA Vitality akan beri ganjaran untuk tidur

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam? Menurut kajian Nielsen, satu daripada 10 atau 89 peratus rakyat Malaysia mempunyai masalah untuk tidur.

Tidur sebenarnya mempunyai peranannya yang tersendiri dan penting kepada tubuh badan kerana memberi peluang kepada badan untuk beristirahat setelah seharian bekerja dan pada masa sama membantu memperbaiki sel yang rosak, mencegah penyakit serta meningkatkan tenaga.

Tidur yang mencukupi amat penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik. NSTP/GAMBAR HIASAN

Gaya hidup seseorang adalah antara punca seseorang sukar untuk tidur. Pengambilan makanan yang tidak seimbang, tidak bersenam dan sebagainya juga pemangkin kepada masalah ini.

Jika anda diberikan ganjaran untuk tidur dan mengamalkan gaya hidup yang sihat, adakah anda akan melakukannya? Itulah yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans AIA!

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Berhad (AIA), Anusha Thavarajah, berkata sebagai syarikat insurans yang prihatin dengan ahlinya, AIA memperkenalkan AIA Vitality pada 2016 sebagai platform bagi menggalakkan ahlinya untuk menjalani hidup yang sihat melalui perkongsian pengetahuan, peralatan dan motivasi.

“Pada mulanya, kami membantu pengguna untuk meningkatkan tahap kesihatan dengan bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Sekarang, kami ingin menerapkan amalan beristirahat dengan cukup dalam hidup ahli AIA,” katanya.

Foto: AIA Vitality

Caranya mudah sahaja! Anda hanya perlu cuba mendapatkan tidur selama tujuh jam. Lagi banyak anda tidur, lebih tinggi peluang anda untuk mencapai status AIA Vitality dan mendapat ganjaran seperti perlindungan insurans atau takaful tambahan serta diskaun daripada rakan kongsi AIA.

Dengan menyambungkan aplikasi AIA Vitality dengan peranti untuk menjejak tahap kecergasan seperti Fitbit, Garmin dan Misfit, ia akan merekod jumlah tidur seseorang dari jam 12 tengah hari ke 12 tengah hari keesokan harinya.

Ganjaran 10 mata AIA Vitality sehari akan diberikan kepada ahli jika mereka mencapai jumlah tidur sebanyak 420 minit atau tujuh jam dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Berhad, Heng Zee Wang, berkata masalah tidur amat jelas dilihat dalam kalangan pekerja di Malaysia.

Katanya, kajian mendapati seramai 54.4 peratus rakyat Malaysia yang bekerja akan tidur kurang daripada tujuh jam sehari.

“Masalah ini akan menjejaskan kehidupan dan kesejahteraan mereka, sekali gus menjadimpunca kepada peningkatan pelbagai isu kesihatan dalam kalangan orang dewasa.

“Tidur yang mencukupi bukan saja membantu seseorang itu kekal cergas sepanjang hari, tetapi juga dapat mengekalkan tahap kesihatan yang baik,” katanya.

Bagaimana? Jika anda berminat, layari laman sesawang www.aiavitality.com.my untuk maklumat lanjut.

tex_admin