Categories: Sihat

Chia seed, bijian bersaiz kecil yang bermanfaat untuk kesihatan anda

Salvia Hispanica, atau dikenali sebagai chia seed, adalah sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina dan berasal dari Mexico dan Guatemala.

Kelihatan seperti biji selasih, chia seed  mempunyai rasa yang tawar dan untuk mengambilnya sebagai hidangan, anda perlu merendamnya di dalam air selama beberapa minit. 

Bagi menikmatinya dengan cara yang lebih lazat, campurkan dengan jus buah-buahan dan boleh ditabur dalam makanan seperti salad, dadih, pasta mahupun kari. 

Chia seed mengandungi asid lemak omega-3 yang sangat baik dan diperlukan tubuh untuk menurunkan trigliserida,sejenis lemak yang dibawa dalam aliran darah dan jumlah yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan termasuk menyebabkan penyakit jantung.

Selain itu, chia seed juga tinggi serat dan mengandungi pelbagai jenis nutrisi lain seperti kalsium, fosforus, protein, karbohidrat, kalium serta zink. 

Berikut adalah antara manfaat chia seed untuk kesihatan yang perlu anda ketahui.

Foto: Eat Drink Paleo

Khasiat chia seed

1. Mengekalkan kekuatan gusi dan tulang

Satu hidangan chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan untuk kalsium dan berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang serta dapat mencegah osteoporosis.

2. Kaya dengan protien

Chia seed merupakan sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya  tidak mempunyai sebarang kolesterol. Bagi setiap 28 gram hidangan chia seed yang diambil akan mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.

3. Dapat melawan diabetes

Foto: salernomedical.com

Kajian oleh pakar perubtan mendapati chia seed boleh dimanfaatkan sebagai  rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya  untuk memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah pancang gula darah.

4. Dapat menstabilkan gula dalam darah

Pengambilan chia seed berupaya menstabilkan gula dalam darah di samping dapat melawan rintangan bagi insulin yang terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat).

5. Dapat meningkatkan kesihatan jantung

Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa chia seed sememangnya terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk pesakit kencing manis.

Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.

6. Menambah sel darah merah 

Foto: Softilmu

Zat besi dan natrium yang terdapat dalam chia seed baik untuk anemia dan meningkatkan kualiti sel darah merah dalam badan. Selain itu, ia juga mampu merawat keradangan kulit dan membuat kulit dan rambut lebih sihat dan cantik.

 

Sumber: XTRA

 

Yanie Baharom