Categories: Sihat

Tak Cukup Duit Nak Jumpa Doktor Tapi Bagai Nak Mati Menahan Sakit Gigi? Ini Penyelesaiannya!

Ada pendapat mengatakan, sakit gigi adalah kedua tersakit selepas sakit bersalin. Betul atau tidak, tiada sebarang pengesahan mengenainya, namun apa yang boleh dikatakan sakit gigi memang boleh membuatkan seseorang menderita.

Adakalanya sakit gigi ini boleh menyebabkan seseorang itu demam panas. Namun kos perubatan untuk sakit gigi bukannya murah. Tampal gigi saja mencecah hampir RM80 hingga RM150. Itu belum lagi pembedahan geraham bongsu yang berharga RM800 hingga RM1,000.

Kalau ke klinik atau hospital kerajaan cuma bayar RM1 tapi nak menunggu lama sebelum sampai nombor giliran dan kadang kena buat temujanji dulu, boleh jadi bertambah-tambah sakit seseorang pesakit itu.

Justeru Hijab & Heels ingin berkongsi cara alternatif  menggunakan bahan-bahan alami (semula jadi) kepada pesakit sebelum mereka mendapatkan rawatan doktor.

1) Tomato

Belah dua bahagian tomato tersebut dan letak pada bahagian yang rasa sakit. Sebaik sahaja rasa sakit tu hilang, kumur dengan air. Percaya tak, petua guna tomato ini  kalau gigi dimakan ulat sekalipun, dengan sendirinya ulat tu akan keluar tau!

Foto: Smithsonian Magazine

2) Garam, Air dan Limau Nipis

Belah empat limau nipis dan rebus bersama garam dan air hingga mendidih. Tunggu air tersebut jadi suam sebelum kumur. Lakukan setiap hari hingga sakit tu berkurangan.

Foto: thenailspa

3) Daun Sireh

Ambil 15 helai daun sireh tua dan rebus dengan 5-6 gelas air hingga mendidih. Biarkan sejuk, kemudian tapis dan kumur dengan air sireh tersebut.

Foto: Manjadda

4) Air Garam

Ambil satu sudu garam dan bancuh bersama satu cawan air panas. Kacau hingga larut dan biar ia jadi suam terlebih dahulu sebelum kumur dengan air larutan tu.

Foto: Dictio Community

5) Lidah buaya

Ambil sahaja isi lidah buaya dan lumur di tempat yang sakit. Tunggu 2-3 jam,  sakit akan hilang.

Foto: tribunnews

6)Bawang putih

Hiris bawang putih dan tampal pada gigi yang sakit. Biarkan dalam masa 1 jam.

Foto: exitos909

7) Asam jawa

Ambil asam jawa dan goreng selama beberapa minit. Kemudian langkah seterusnya bakar sedikit garam di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan itu dan tampal pada gigi yang sakit tadi.

Foto: Portrait Nusantara

8) Bunga cengkih

Gigit 3 biji bunga cengkih pada gigi yang sakit. Untuk gigi yang berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isi dalam gigi yang berlubang. Kemudian tutup pakai kapas ya!

Foto: RumahMesin

Sumber: Sinar

Yanie Baharom