Categories: Sihat

Teh O Ais Punca Kegagalan Buah Pinggang?

Adakah minuman kegemaran anda adalah Teh O Ais? Biasanya, air ini menjadi kegemaran bagi mereka yang suka lepak kedai mamak ataupun mana-mana restoran. 

Sebenarnya, Teh O Ais ini sangat bahaya jika diambil setiap hari! Kalau anda nak tahu, seorang lelaki dari Arkansas, Amerika Syarikat telah mengalami kegagalan buah pinggang dan ia dikaitkan dengan tabiatnya yang gemar minum Teh O Ais yang melebihi 4 liter setiap hari.

Untuk pengetahuan anda, komponen utama teh hitam tersebut mengandungi banyak kandungan garam asid atau oksalat yang boleh menyebabkan masalah buah pinggang.

Ekoran tabiat minum teh yang berlebihan oleh lelaki yang berusia 56 tahun itu telah menyebabkan kadar pengambilan oksalatnya lebih daripada 1,500 miligram sehari.

Foto: Media Kentang

Menurut doktor yang merawatnya, air kencing lelaki tersebut dipenuhi dengan gentian kristal kalsium oksalat. Sebenarnya, oksalat turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan dedak gandum. Lazimnya pakar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam sehari.

Jadi pengajaran dari kisah ini, kurangkan pengambilan Teh O Ais atau apa saja minuman manis sekalipun. Kalau nak badan sentiasa sihat, anda lebih baik amalkan minum air putih yang secukupnya setiap hari. 

Sumber: Astro Awani 

tex_admin