Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 7, 2022 @ 5:16pm

Siti Bainun Cuti Sakit 22 Hari Dijangkiti Bakteria, Perbicaraan Ditangguh

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari akibat masalah kesihatan.

Memetik laporan Berita Harian, peguam bela Siti Bainun, Nur ‘Aminahtul Mardiah Md Nor, memberitahu Siti Bainun dijangkiti bakteria, yang memerlukan pengambilan antibiotik selama 15 hari sebelum menjalani pembedahan hempedu.

Tambah beliau, jangkitan tersebut dikesan hasil prosedur perubatan diagnostik atau endoskopi dan ujian darah di hospital, semalam.

“Siti Bainun yang dikecualikan kehadiran pada sebutan kes hari ini, dibenarkan keluar dari hospital jam 9 malam tadi. Laporan terkini kesihatan dan MC Siti Bainun akan dikemukakan kepada mahkamah.

“Laporan penuh pula akan diberi selepas 14 hari kerana hospital memerlukan masa. Anak guam perlu kembali ke hospital pada 15 Disember untuk rawatan susulan, manakala 20 Disember menjadi penentuan sama ada Siti Bainun boleh teruskan dengan pembedahan hempedu atau sebaliknya.

“Isu kedua, kami membuat permohonan masing-masing untuk mendapatkan rakaman percakapan saksi pembelaan ditawarkan pendakwaan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) serta memanggil semula saksi pendakwaan mengikut Seksyen 173 (j) (iii) KPJ dan Akta Keterangan 1950,” jelasnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas, memohon kepastian keadaan sebenar Siti Bainun, yang diberikan MC bermula 28 November hingga 19 Disember ini.

“Kami bukan doktor untuk memahami gambar dalam laporan kesihatan kerana mempunyai banyak terma saintifik. Sebab itu, kami mohon doktor dipanggil memberi keterangan mengenai laporan itu.

“Berkaitan isu permohonan, pendakwaan sudah memfailkan bantahan berhubung permohonan mengikut Seksyen 112 KPJ semalam, namun permohonan Seksyen 173 KPJ baru diketahui hari ini,” katanya.

Justeru itu, Hakim Izralizam Sanusi, meminta kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis permohonan mengikut Seksyen 173 KPJ itu sebelum jam 4.30 petang esok dan akan membuat keputusan berhubung kedua-kedua perkara berkenaan, Jumaat ini.

Izralizam juga akan memutuskan tarikh baharu prosiding bela diri kes Siti Bainun, yang sepatutnya berjalan minggu ini, pada hari sama.

“Saya membenarkan penangguhan bicara kerana tertuduh tidak sihat serta diberikan MC. Persoalan doktor dipanggil beri keterangan tiada keperluan. Berdasarkan fakta, mahkamah perlu memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bersedia kerana ia akan memberi kesan kepada tertuduh.

“Saya akan memberi dapatan terhadap permohonan itu pada Jumaat ini. Mahkamah juga mempunyai kuasa untuk menetapkan tarikh bicara peringkat pembelaan dan akan menggunakan budi bicaranya.

“Ia berdasarkan tarikh lapang peguam bela dan pendakwa raya, selain isu dibangkitkan pada hari ini, yang akan diputuskan pada Jumaat,” katanya.

Pada 24 November lalu, Siti Bainun diarahkan membela diri terhadap pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom down, Bella di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di antara Februari hingga Jun 2021.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Apr 2021

“Mak Tiri Tak Tahu Hukum Hakam Ke?” – Nak Kahwin Anak Tiri Sendiri, Tak Sempurna Mencintaimu Buat Ramai Sakit Hati

Sejak akhir akhir ini, Drama Tak Sempurna Mencintaimu sering kali menjadi perdebatan di kalangan penonton di media sosial. Sebaik sahaja drama ini bersiaran, laman media sosial akan dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para penonton yang […]

Featured Tue, 25 Oct 2022

[VIDEO] Adira Suhaimi Kongsi Wajah Anak Ke-4, Pilih Nama Ayub

Comelnya Ayub ☺️ Hidung mancung sangat tuu hehe

Trending Hari Ini Sun, 10 May 2020
Hiburan Mon, 16 Feb 2026

Nyanyi Karya Hafiz Hamidun & Fedtri Yahya, Shiha Zikir Angkat Keikhlasan Dalam Lagu Tradisional ‘Minta Ampun’

Shiha Zikir tampil dengan Minta Ampun, sebuah lagu yang membawa mesej tentang makna sebenar memohon maaf.

Hiburan Fri, 16 Jun 2023

Aktif Dalam Bidang Kemanusiaan, Pendakwah, & Penyanyi Rap Terkenal AS… Ini Fakta Menarik Tentang Suami Mizz Nina, Essam Muhammad!

Wowww bukan calang-calang ek Husband Mizz Nina 🤩🤩 Sangat serasi dan saling melengkapi

Hiburan Sat, 10 Jan 2026

“Izara Aishah Artis Kelas A! Saya Ingatkan Dia ‘Diva’, Tapi…” – Aliff Syukri

“Saya tak sangka Izara Aishah terima. Saya jangkakan dia ‘diva’, tapi…” – Aliff Syukri.

error: Content is protected !!