Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 25, 2023 @ 6:45pm

Siti Elizad Gagal IVF Kali Kedua, Tak Mahu Fikir Soal Anak Demi Jaga Kesihatan Mental

Pelakon Siti Elizad memaklumkan dia dan suami, Shamsul Baharin Rahman telah gagal buat kali kedua dalam rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan anak.

Memetik laporan Harian Metro, Elizad redha dan tidak mahu memikirkan soal zuriat demi menjaga kesihatan mentalnya.

“Saya tidak mahu terlalu fikir soal untuk dapatkan anak kerana tidak mahu dapat ‘anxiety’ pula nanti. Saya juga sudah reda kerana usia pun sudah nak masuk 40-an,” katanya.

Susulan rawatan IVF, doktor ada menawarkan Elizad untuk menjalani rawatan tersebut buat kali ketiga.

Namun, dia tidak bercadang untuk mencuba lagi kerana mahu kembali berlakon.

“Saya dan suami serahkan soal anak kepada aturan Allah SWT. Kalau ada rezeki nanti adalah,” ujarnya.

Pada masa sama, Elizad juga tiada perancangan untuk mengambil anak angkat.

“Setakat ini, tiada perancangan untuk ambil anak angkat kerana suami juga sudah ada anak dari perkahwinan terdahulu. Saya juga berasal dari keluarga yang besar dan memiliki anak saudara yang ramai,” ujarnya.

Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.

Pada Mac tahun lalu, dia sekali lagi menjalani rawatan IVF buat kali kedua namun gagal.

Untuk rekod, Elizad dan Shamsul telah mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Selamat Hari Jadi Pokemon

Saksikan pengembaraan Pikachu dan Ash dalam pencarian Pokemon Lagenda bernama Ho-Oh

Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Thu, 24 May 2018

Kenapa Zizi Kirana Digelar Bodoh Dan Munafik?

Namun, beliau nampaknya tidak mudah melatah apabila Zizi sendiri memohon agar mendoakan yang baik-baik buat dirinya danmeinta agar netizen berhenti menggelar dirinya munafik.

Trending Sat, 20 Oct 2018

Ngeri! Anak Beranak Nekad Terjun Sungai Angkara Terlalu Banyak Hutang

Mayat tiga beranak, Baharom Ahmad, 66, Norma Pin, 64, dan Norzalina Baharom, 35, ditemui orang awam terapung di sungai di dua lokasi berlainan di Arau.

Featured Tue, 17 Dec 2024
error: Content is protected !!