Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 9, 2024 @ 3:07pm

Siti Nurhaliza, Datuk K Bakal Tunai Badal Haji Untuk Allahyarham Huzz

Berita kehilangan wartawan hiburan terkenal, Huzz menyentuh ramai selebriti antaranya penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi perkongsian di Instagram, Siti mengimbau kembali kenangan bersama wartawan yang dianggap sebagai seorang sahabat media semenjak awal kemunculannya dalam industri seni.

“Saya dan suami sempat menziarahi allahyarham di hospital, saya bawakan air zam-zam (baru pulang dari Mekah ketika itu), berada bersama-sama beliau dan berbual -bual sekitar 1 jam.

“Meskipun sakit, beliau tetap tersenyum dan bercerita pengalaman-pengalaman kami bersama sepanjang saling bekerjasama,” katanya.

Sementara itu, Siti juga memaklumkan pihak Yayasan Nurjiwa akan membuat ibadah badal (upah) Haji untuk Allahyarham Huzz atau nama lengkapnya, Kamal Huzaini.

“Allahyarham juga turut mendapat bantuan daripada Yayasan Nurjiwa sewaktu pihak kami mengadakan majlis berbuka puasa
(infaq Ramadan) dan beliau diwakili rakan wartawan untuk menerima sumbangan tersebut.

“Sewaktu melawat beliau, kami juga sempat memberi khabar bahawa pihak Yayasan Nurjiwa akan menunaikan (upah) badal haji buat Allahyarham. Doakan agar urusan badal haji allahyarham dapat pihak kami sempurnakan,” tulisnya lagi.

Siti Nurhaliza

Allahyarham Huzz meninggal dunia pada jam 6:10 petang, Sabtu akibat kanser usus tahap empat.

Pada Mac lalu, Huzz yang merupakan pencipta lirik lagu Keangkuhan Mu nyanyian Ramlah Ram ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada usus sebelum disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

Beberapa bulan selepas itu, Allahyarham dibenarkan keluar hospital dan beliau mendapatkan rawatan susulan di Pulau Pinang namun keadaannya semakin kritikal dan merosot.

Selain pencipta lirik penyanyi terkenal, Huzz juga pernah bertugas sebagai Pengarang majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan namanya amat terkenal dalam segmen gosip sensasi Huzz di sisipan Pancaidera, Mingguan Malaysia.

Artikel Berkaitan: Derita Kanser Usus Tahap Empat, Wartawan Hiburan Huzz Meninggal Dunia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

More Michelle Yeoh in Star Trek!

Malaysian Star Trek fans rejoice.

Trending Thu, 7 Nov 2019

Kakak Kurus-Kering Dipercayai Berlapar Semata-Mata Nak Simpan Duit Rawat Adik

Sayangnya dia pada adiknya.. Sanggup menahan lapar agar dapat merawat sakit adiknya

Featured Sat, 28 Dec 2024
Hiburan Fri, 27 Mar 2026
Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Kemelut UNIC, Tarik diri sebab Bazli

Najdi tidak akan bersama Bazli dan Fakhrul di pentas akhir Anugerah Nasyid 2017 (AN2017) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

error: Content is protected !!